KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan COVID-19 dari luar negara, satu peningkatan berbanding semalam.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan harian Kementerian Kesihatan (KKM), pada Jumaat:

1. Malaysia merekodkan 1,854 jangkitan baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 357,607.

2. Sarawak merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 555 kes, diikuti Selangor (403) kes dan Pulau Pinang  (176 kes).

3. Terdapat pertambahan sebanyak lima kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,313 kes.

4. Sebanyak 1,247 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 341,489 kes.

5. Manakala 169 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

BACA: COVID-19: 1,854 kes baharu, Sarawak catat jangkitan tertinggi