awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kematian operator kren diklasifikasikan sebagai mati mengejut - Polis

Bernama
Bernama
17/11/2023
09:25 MYT
Kes kematian operator kren diklasifikasikan sebagai mati mengejut - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata mayat lelaki berkenaan, telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat hari ini. - Foto FB Polis Daerah Dang Wangi
KUALA LUMPUR: Seorang operator kren menara yang disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kabin di ketinggian kira-kira 20 meter di tapak pembinaan di Persiaran KLCC, di sini, semalam, diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata mayat lelaki berkenaan, telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat hari ini.
"Polis menunggu laporan penuh bedah siasat dan kimia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, seorang operator kren menara disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kabin di tapak pembinaan berkenaan.
Bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.43 petang itu dan satu jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operator kren menara
#Persiaran KLCC
#mati mengejut
#Polis Daerah Dang Wangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan