awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes keracunan kupang dikesan di Melaka

Bernama
Bernama
11/06/2024
04:20 MYT
Kes keracunan kupang dikesan di Melaka
Analisis terbaharu menunjukkan bahawa air dan kupang di perairan Port Dickson masih tercemar dengan biotoksin berbahaya. - Gambar hiasan
MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) hari ini menerima satu kes keracunan makanan dipercayai selepas memakan kupang.

Ringkasan AI
  • Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menerima satu kes keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada memakan kupang. Kes tersebut melibatkan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dimasukkan ke Hospital Alor Gajah pada 8 Jun lalu.
  • Exco Kesihatan, Sumber Manusia, dan Perpaduan negeri menyatakan bahawa kes ini masih dalam siasatan, tetapi pesakit telah pulih dan dijangka akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat.
  • Analisis terbaharu menunjukkan bahawa air dan kupang di perairan Port Dickson masih tercemar dengan biotoksin berbahaya, walaupun tahap toksin semakin rendah. Larangan terhadap penjualan hidupan dwicengkerang dari Port Dickson masih kekal.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata kes melibatkan lelaki berusia 34 dan dimasukkan ke Hospital Alor Gajah pada 8 Jun lepas.
"Memang ada satu kes berkaitan keracunan kupang dilaporkan di Hospital Alor Gajah tapi belum dapat dipastikan dan masih dalam siasatan Jabatan Perikanan. Pesakit dimasukkan ke wad sejak Sabtu lepas dan sudah sihat serta akan dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Wan Muhamad Aznan Abdullah pada Khamis lepas memaklumkan analisis sampel air dan kupang di perairan Port Dickson didapati masih dicemari biotoksin berbahaya dan tidak dibenarkan untuk dimakan.
Analisis terbaharu berkenaan mendapati bacaan toksin semakin rendah dan menghampiri kadar piawaian standard yang ditetapkan iaitu 800 per bilion (ppb) namun larangan terhadap pengusaha kupang atau kerang untuk menjual hidupan dwicengkerang dari Port Dickson itu masih terpakai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes keracunan
#Kupang
#Melaka
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan