KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, meminta menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang pengarah syarikat supaya pulang ke Malaysia, dan tidak memberi sebarang alasan lagi.
Media sebelum ini melaporkan, SPRM mencari Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dan peguam yang juga pengarah dan pemegang saham NERS Sdn Bhd (NERS) Mansoor Saat, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.
"Saya tetap dengan pendirian saya. Awak balik saja dan hadapi apa jua siasatan dan jangan bagi banyak alasan, saya tidak mahu dengar.
"Mungkin cakap saya ini cakap yang orang tidak suka, tetapi itulah saya. Jadi awak berdua, balik sahaja dan jangan bagi alasan," katanya kepada pemberita selepas Forum Eksekutif Merdeka; Tadbir Urus Terbaik Dalam Sektor Awam hari ini.
Pada 9 Ogos lepas Muhammad Adlan menerusi kenyataan oleh peguamnya memaklumkan, beliau tentunya akan pulang ke Malaysia secepat mungkin bagi memberikan kesemua jawapan dan membantu SPRM dalam apa-apa siasatan, selagi tiada unsur ancaman dan penganiayaan terhadapnya.
Mansoor dalam kenyataannya hari ini, menyangkal dakwaan kononnya beliau melarikan diri daripada menghadapi pertuduhan, sebaliknya tindakan keluar dari Malaysia dibuat secara sah atas urusan perniagaan dan telah memberi kerjasama kepada SPRM yang mengetahui keberadaannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Azam meminta menantu Muhyiddin dan seorang pengarah syarikat supaya pulang ke Malaysia, dan tidak memberi sebarang alasan lagi. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Kes menantu Muhyiddin: Tuduhan tanpa kehadiran pilihan terakhir - Azam Baki
Tuduhan tanpa kehadiran menjadi pilihan terakhir SPRM untuk mendakwa menantu Muhyiddin, iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.
SPRM semak notis merah jejak lokasi menantu Muhyiddin
SPRM akan membuat semakan notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.
Polis sudah serah permohonan notis merah menantu Muhyiddin kepada Interpol
PDRM telah menghantar permohonan notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Notis merah menantu Muhyiddin: SPRM sedang siapkan beberapa dokumen - Azam Baki
Menurut Azam Baki, dokumen itu merupakan draf pertuduhan kes yang akan dibekalkan kepada PDRM.
Soalan "mana menantu Pagoh?" hangatkan Dewan Rakyat
Perbahasan Ketua Pembangkang panas selepas beberapa Ahli Parlimen dari blok kerajaan mencelah pada penghujung perbahasan beliau.
Kes menantu Muhyiddin: 'Balik saja, jangan banyak alasan' - Azam Baki
Azam meminta menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang pengarah syarikat supaya pulang ke Malaysia dan tidak memberi sebarang alasan lagi.
PDRM terima permohonan notis merah kes menantu Muhyiddin - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan SPRM berhubung bantuan yang diperlukan.
PDRM sedia bantu SPRM kes menantu Muhyiddin
PDRM bekerjasama dengan SPRM berhubung permohonan Notis Merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KDN sedia bantu SPRM kes menantu Muhyiddin - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, pihaknya sentiasa terbuka dalam memberikan kerjasama dalam melibatkan bantuan kepada mana-mana agensi.
SPRM minta JIM beku pasport menantu Muhyiddin
SPRM akan meminta bantuan Jabatan Imigresen Malaysia untuk membekukan pasport Datuk Muhammad Adlan Berhan sekiranya masih gagal dihubungi atau tidak mendapat sebarang maklum balas.