awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes OKU dipukul: Polis tahan pempengaruh muat naik hantaran berbaur ugutan

Bernama
Bernama
26/01/2025
11:15 MYT
Kes OKU dipukul: Polis tahan pempengaruh muat naik hantaran berbaur ugutan
Polis berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor, kira-kira pukul 6.55 pagi tadi.
CHUKAI: Seorang pempengaruh media sosial telah ditahan polis hari ini kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan di laman sosial berkaitan kes seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada 17 Jan lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor, kira-kira pukul 6.55 pagi tadi.
Beliau berkata suspek direman sehingga esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Khamis lepas, kami menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 40 tahun yang memaklumkan terdapat satu hantaran berbaur ugutan berhubung kes pukul tersebut di laman sosial milik pempengaruh berkenaan.
"Saya ingin mengingatkan orang ramai, tanpa mengira latar belakang supaya tidak memuat naik sebarang kandungan yang boleh menimbulkan atau mencetuskan kegusaran awam," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, telah dibelasah oleh beberapa individu di pasar pagi berkenaan selepas motosikal yang ditunggangnya memasuki tapak jualan dan terlanggar salah sebuah gerai sehingga menyebabkan barangan jualan di gerai itu terjatuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes OKU dipukul
#polis tahan
#pempengaruh media sosial
#berbaur ugutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan