awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pelajar dilanggar: 'Sampai hati dia buat macam ini kat anak saya' - Bapa

Sinar Harian
Sinar Harian
16/12/2023
13:28 MYT
Kes pelajar dilanggar: 'Sampai hati dia buat macam ini kat anak saya' - Bapa
Bapa pelajar maut dilanggar, Muhd Zamrie Zainal Abidin rebah selepas tidak dapat menahan rasa sedih ketika menerima kunjungan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di kediamannya di Taman Chepor Sentosa pada Sabtu. - Sinar Harian
IPOH: Bapa pelajar maut dilanggar, Muhd Zamrie Zainal Abidin rebah selepas tidak dapat menahan rasa sedih ketika menerima kunjungan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di kediamannya di Taman Chepor Sentosa di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian sekitar jam 5 petang, keadaan pesara tentera berusia 55 tahun itu berjaya ditenangkan anggota keluarga dan pegawai polis yang hadir sebelum dipimpin dan duduk di atas kerusi.
Bagaimanapun, bapa kepada empat anak itu tidak dapat menahan emosi dan menangis teresak-esak ketika meluahkan perasaan terhadap kejadian yang menimpa anak bongsunya, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17.
"Sampai hati dia buat macam ni kat anak saya," katanya dalam nada pilu.
Rintihan itu mengundang rasa sayu dalam kalangan rakan dan jiran yang hadir menziarahi keluarga mangsa.
Dalam pertemuan hampir 30 minit itu, Muhd Zamrie berulang kali menyatakan harapan mahukan satu siasatan telus dijalankan agar keadilan dapat dibuktikan atas kematian anaknya.
"Saya tak mahu kejadian sama berulang dan jadi pada anak-anak orang lain," katanya.
Selain polis, keluarga mangsa turut menerima kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh yang hadir memberi sokongan moral dan sumbangan peribadi.
Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rebah
#pelajar langgar lari
#polis perak
#Muhd Zamrie Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan