awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pukul pelajar tahfiz diklasifikasi semula sebagai kes bunuh - Ketua Polis Negara

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/04/2017
11:52 MYT
Kes pukul pelajar tahfiz diklasifikasi semula sebagai kes bunuh - Ketua Polis Negara
KHALID: PDRM akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera.
Kes pukul melibatkan pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafie, 11 tahun, yang meninggal dunia petang tadi telah diklasifikasikan semula kepada kes bunuh.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kes tersebut kini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kes adik Thaqif Amin, PDRM ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah seksyen 302 bunuh," kata Khalid melalui kemas kini status di akaun Twitternya hari ini.
Kes Adik Thaqif Amin- @PDRMsia ucapkan Takziah kpd keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan kan semula siasatan di bwh Sec 302 Bunuh
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) April 26, 2017
Untuk itu, katanya PDRM kini sedang menanti laporan penuh perubatan untuk segera menyiapkan laporan siasatan kes berkenaan.
Kes Thaqif Amin- @PDRMsia akan dapatkan lapuran penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dgn segera.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) April 26, 2017
"PDRM akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera," tulisnya lagi.
Sebelum ini, kes tersebut telah disiasat mengikut seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2010.
Mohamad Thaqif dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, pada Rabu minggu lepas selepas dipercayai mengalami kesakitan pada bahagian kaki akibat dipukul oleh pembantu warden.
Kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian lain tubuh badannya, namun pelajar itu kemudian disahkan koma.
Mohamad Thaqif meninggal dunia jam 2.05 petang tadi.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafie
#penderaan
#Tan Sri Khalid Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan