KUALA LUMPUR: Prosiding membela diri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen ditetapkan untuk sebutan pada 27 Mac ini susulan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
Pasangan itu menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-duanya membela diri atas tiga pertuduhan tersebut.
Peguam M. Athimulan mewakili Bung Moktar memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob bahawa pengurusan kes terhadap rayuan itu di Mahkamah Rayuan telah ditetapkan pada 22 Mac sementara menunggu rekod rayuan yang masih belum siap.
"Sehubungan itu, kami mohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes ini untuk pihak-pihak memaklumkan mengenai perkembangan kes di Mahkamah Rayuan. Kami juga mohon kehadiran kedua-dua anak guam pada sebutan kes seterusnya dikecualikan," kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How mengesahkan perkara itu dan tidak membantah permohonan pembelaan untuk kehadiran kedua-dua tertuduh dikecualikan pada sebutan kes seterusnya.
Rozina menetapkan sebutan semula kes itu pada 27 Mac ini untuk pihak-pihak memaklumkan perkembangan kes di Mahkamah Rayuan dan membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kehadiran kedua-dua tertuduh dikecualikan.
Bung Moktar, 63, yang berkerusi roda kerana mengalami keretakan pada bahagian kaki hadir ke mahkamah bersama Zizie Izette, 44.
Pada 3 Jan lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan Bung Moktar dan isterinya untuk menggantung perbicaraan membela diri, sementara menunggu rayuan mereka dilupuskan di Mahkamah Rayuan.
Pada 2 Sept 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati, di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Prosiding membela diri Bung Moktar dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen ditetapkan untuk sebutan pada 27 Mac ini susulan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan. - Gambar fail BERNAMA
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Tiada sebut wang RM2 juta untuk Lim Guan Eng - Saksi
Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Kes VLN: Tarikh akhir rayuan pembebasan Zahid Hamidi 9 September
Tarikh 9 September ditetapkan sebagai tarikh untuk rayuan pendakwaan berhubung pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Pasukan pembelaan Muhyiddin pertimbang kemuka rayuan
Pasukan pembelaan Tan Sri Muhyiddin akan mempertimbangkan secara serius, untuk membuat rayuan berhubung empat kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dihadapinya.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Juruteknologi makmal didakwa 25 pertuduhan terima rasuah
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas 25 pertuduhan menerima suapan sebanyak RM16,150, antara 2019 hingga tahun lalu.
Juruukur didakwa terima rasuah wang, motor Ysuku
Seorang juruukur bahan kanan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Ahad, atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan motosikal.