PUTRAJAYA: Permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan berhubung kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid RM1.25 bilion ditolak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah ketika menyampaikan keputusan berkata, Mahkamah juga menolak permohonan perayu untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Seri Ram sebagai Ketua Pendakwaan kes terbabit, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September lepas.
Hanipah berkata keputusan itu dicapai kerana Mahkamah Tinggi Jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi pelepasan (reliefs) seperti yang dipohon pasukan pembelaan.
“Pelepasan (yang dipohon pembelaan) adalah ‘declatory order’, iaitu peruntukan spesifik di bawah Akta Pelepasan Khusus 1950. Sehubungan itu, kedua-dua permohonan perayu ditolak,” katanya lagi.
BACA: Selepas terlepas waran tangkap, Rosmah hadir prosiding rayuan hari ini
Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah.
Rosmah, yang juga isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi berhubung dakwaan meminta suapan RM187.5 juta dari Jepak Holdings Sdn Bhd.
Mengikut kertas pendakwaan, suapan itu adalah sebagai dorongan bagi membantu syarikat itu mendapatkan projek solar hibrid di Sarawak menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selain itu, Rosmah turut didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Abang Saidi Abang Samsuddin antara 2016 dan 2017.
Perbuatan itu dilakukan bagi membantu Jepak Holdings mendapat Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset / Diesel bagi 369 buah sekolah di pendalaman Sarawak secara rundingan terus.
Di peringkat Mahkamah Tinggi, Rosmah sedang diperiksa balas oleh Gopal, dan perbicaraan akan bersambung di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, 8 Disember ini.
Firdaus Azil
Mon Dec 06 2021
Rosmah keluar dari Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas mendengar rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid. - Foto BERNAMA
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
5 Okt pengurusan kes rayuan Rosmah ketepi sabitan dan hukuman
Rayuan Rosmah terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid di Sarawak, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 5 Okt.
Kes rasuah: Rosmah gagal batalkan perbicaraan projek solar hibrid
Permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan berhubung kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid RM1.25 bilion ditolak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini.