awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rasuah solar: Rosmah Mansor menangis, mohon belas ihsan mahkamah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
01/09/2022
07:56 MYT
Kes rasuah solar: Rosmah Mansor menangis, mohon belas ihsan mahkamah
Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa beliau merupakan mangsa keadaan dan tidak sepatutnya menanggung hukuman atas jenayah yang dilakukan orang lain. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suasana mahkamah bertukar hening apabila Datin Seri Rosmah Mansor, yang baru didapati bersalah atas tiga pertuduhan melibatkan projek solar di Sarawak, menitiskan air mata sambil memohon diringankan hukuman ke atasnya.
Tanpa sebarang teks, isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu mendakwa, beliau merupakan mangsa keadaan dan tidak sepatutnya menanggung hukuman atas jenayah yang dilakukan orang lain.
Dari kandang tertuduh, Rosmah memberitahu mahkamah ada pihak lain yang masih bebas, sedangkan beliau langsung tidak mengetahui berhubung urus niaga dengan Jepak Holdings.
“Apa yang berlaku kepada saya boleh berlaku kepada anda, anak-anak anda, atau cucu anda di kemudian hari. Anda telah melakukan perkara ini kepada suami saya dan anda mahu keluarga saya menderita,” katanya lagi.
Rosmah turut mendakwa, beliau kini terpaksa menjadi ketua keluarga memandangkan Najib telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta baru-baru ini, berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Dalam pada itu, Rosmah turut memberitahu, beliau tidak pernah menerima walaupun satu sen duit dari projek solar hibrid tersebut.
Bahkan, jelas Rosmah, beliau bukan sahaja mengasaskan Yayasan Permata tetapi juga menerajui banyak badan bukan kerajaan lain sewaktu suaminya masih menjadi Perdana Menteri dengan dana yang dikumpul mencecah jutaan Ringgit.
“Tidak pernah sesekalipun saya berniat untuk menyeleweng dana-dana ini,” katanya lagi.
Selain itu Rosmah berkata, beliau tidak pernah sesekali mempengaruhi suaminya dalam urusan pentadbiran kerajaan.
Ketika ini mahkamah sedang berehat seketika sebelum Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan hukuman dan penangguhan hukuman terhadap Rosmah.
Topic Berkaitan
#Kes Rosmah Mansor
#Rosmah Mansor bersalah
#Rosmah Mansor menangis
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan