KUALA LUMPUR: Video rakaman percakapan remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di Pusat Temuduga Kanak-Kanak dimainkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Video itu memaparkan remaja berusia 13 tahun itu, yang didakwa diabai dan didera pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, ditemu bual oleh pegawai polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita, Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah selepas diselamatkan dari sebuah kondominium milik tertuduh di Wangsa Maju pada 12 Julai 2021.
Bagaimanapun sebelum video itu ditayangkan, peguam Nur A'minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun memohon agar galeri awam dikosongkan memandangkan Bella adalah kanak-kanak bawah umur dan dilindungi di bawah Seksyen 6 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.
Hakim Izralizam Sanusi membenarkan permohonan itu dan mengarahkan hanya pihak pendakwaan, pembelaan, peguam pemerhati dan tertuduh berada di dalam mahkamah.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memaklumkan bahawa saksi yang dijadual memberi keterangan hari ini iaitu pakar psikiatrik yang mengendalikan kes Bella tidak dapat hadir kerana terbabit dengan sesi pembentangan lain berkaitan kepakarannya.
"Pendakwaan mempunyai lima lagi saksi termasuk seorang pakar psikiatrik, seorang doktor perubatan, dua pegawai penyiasat dan Bella sendiri. Saksi selepas pakar psikiatrik adalah Bella. Pakar psikiatrik perlu membantu mahkamah memahami ketidakupayaan dan keterbatasan intelektual Bella.
"Pakar itu boleh beri contoh soalan yang boleh dikemukakan kepada Bella. Kami berpendirian Bella hanya boleh dipanggil selepas pakar psikiatri beri keterangan," katanya.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung 21 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
'Saya diberitahu Bella terkena air panas semasa bergaduh dengan penghuni lain' - Saksi
Saksi pembelaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf pada prosiding bela diri Siti Bainun.
Siti Bainun akui Bella cedera ketika berada di kondominium
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mengakui bahawa kecederaan pada Bella berlaku, semasa remaja perempuan sindrom Down itu berada di kondominiumnya di Wangsa Maju di sini.
Saya sayang Bella lebih dari anak lain - Siti Bainun
Siti Bainun turut menyifatkan Bella seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin, membuatkan beliau suka menyakat remaja berkenaan.
Tiada aduan kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun dilapor sejak mac 2021- Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa tiada rekod kerosakan mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan sejak Mac 2021.
Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.
Kes Siti Bainun: Bella selesai bagi keterangan hari ini
Remaja itu mula memberi keterangan pada 10.30 pagi dan selesai pada pukul 12.40 tengah hari tadi.
Rakan baik Siti Bainun rakam video Bella untuk beri kepada Syed Azmi
Rakaman itu dikatakan sebagai bukti bahawa terdapat penderaan terhadap Bella.
Kes Bella: Lebih 114,000 gesa Syed Azmi dipecat
Tindakan ini bagi membela nasib setiap kanak-kanak yang didera dan dianiaya seperti yang terjadi pada Bella dan Alia.
Saksi nafi Bella jadi mangsa amang seksual sebelum dijaga Siti Bainun
Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella pernah menjadi mangsa amang seksual.