KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, dalam kes saman fitnah.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Mohd Na'im selaku plaintif berkata permohonan itu dibuat, berikutan Wan Muhammad Azri selaku defendan belum memasukkan kehadiran dalam kes saman berkenaan.
"Permohonan itu (penghakiman ingkar) akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, dalam masa terdekat.
"Pada pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong hari ini, mahkamah menetapkan 27 Mac untuk pengurusan kes selanjutnya," kata peguam itu ketika dihubungi hari ini.
Mohd Na'im yang memfailkan saman itu pada 19 Okt tahun lepas, mendakwa Wan Muhammad Azri menerbitkan satu hantaran terhadapnya di akaun Facebook milik defendan dikenali sebagai 'Sir Azri' bertarikh 18 Sept 2023.
Menurutnya dalam hantaran Facebook itu, defendan memuat naik satu klip video berdurasi enam minit 41 saat, yang merupakan klip video diambil daripada akaun TikTok '@nurhafizulbadrulhisham'.
Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), tidak membuat atau melakukan apa-apa tindakan positif bagi kesejahteraan agama Islam, memandangkan plaintif kononnya mempunyai kes berkaitan tuduhan seksual atau lucah, maka planitif seorang penunggang agama yang tidak cakna dengan kestabilan masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia.
Beliau mendakwa kenyataan fitnah tersebut menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, menjatuhkan maruah dan merendahkan status plaintif di mata masyarakat umum.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Mohd Na'im (kiri) akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger Papagomo dalam kes saman fitnah.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
Menteri Agama tegur NGO bukan Islam ulas isu pindaan akta syariah
Semua pihak digesa tidak memberikan sebarang kenyataan bersifat spekulatif yang boleh mengelirukan mahupun mencetuskan kegusaran kepada orang awam berhubung cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah.
PM ziarah Menteri Agama terima rawatan di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.
Menteri Agama jalani pembedahan
Mohd Na'im akan jalani pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang pada pukul 8 pagi ini.
Kes saman fitnah: Na'im akan fail penghakiman ingkar terhadap Papagomo
Mohd Na'im akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger Papagomo dalam kes saman fitnah.
Isu 'Mawla Amin': Masyarakat diseru jangan taksub - Mohd Na'im
Berpegang kepada neraca ilmu, fakta dan menjauhkan diri daripada taksub, nasihat Menteri Agama kepada masyarakat.
Semua pihak diseru tidak keluarkan ucapan sewenang-wenangnya - Menteri Agama
Mohd Na'im menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.
Ajaran sesat 'Si Hulk' di Switzerland luar bidang kuasa kerajaan - Mohd Na'im
Ajaran sesat Suhaini Bin Mohammad atau 'Si Hulk' yang sedang tersebar di Switzerland bukan di bawah bidang kuasa kerajaan.
Lafaz taklik cerai isteri jika Anwar masih PM tidak boleh ditarik balik - Menteri Agama
Lafaz taklik individu yang mahu menceraikan isterinya talak tiga sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan hingga Ogos tidak boleh ditarik balik.
PRN: Kempen secara beradab, elak menghina, fitnah - Menteri Agama
Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dinasihatkan agar menjaga adab dan mengelak menghina orang lain ketika berkempen.