awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes saman Mohamed Apandi terhadap Dr Mahathir dan kerajaan akan diteruskan

Bernama
Bernama
29/09/2021
13:45 MYT
Kes saman Mohamed Apandi terhadap Dr Mahathir dan kerajaan akan diteruskan
Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan bahawa kerajaan tidak bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara proses mediasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes saman Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan akan diteruskan dengan perbicaraan selepas pihak terlibat gagal menyelesaikannya secara baik melalui proses mediasi.
Peguam Datuk Abdul Shukor Ahmad yang mewakili Mohamed Apandi ketika dihubungi pemberita berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan bahawa kerajaan tidak bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara proses mediasi.
"Semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd Tahar menetapkan perbicaraan kes itu pada 18, 20, 21 dan 22 April 2022 dan pengurusan kes selanjutnya pada 5 Nov ini. Pihak plaintif bercadang untuk mengemukakan lima saksi termasuk Mohamed Apandi," kata Abdul Shukor.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili AGC ketika dihubungi mengesahkan mengenai mediasi itu.
Pada 6 Julai lepas, Abdul Shukor memaklumkan bahawa Mohamed Apandi bersedia untuk menyelesaikan kes samannya itu secara baik menerusi proses mediasi dan telah menyerahkan borang mediasi kepada AGC menerusi e-mel pada 21 Mei.
Dalam pernyataan tuntutan, Mohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015, juga menuntut perisytiharan bahawa defendan pertama (Dr Mahathir) telah menyalahgunakan kedudukannya dan bahawa defendan pertama telah mendorong berlakunya pelanggaran kontrak antara beliau dan kerajaan Malaysia.
Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am dan teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 12 Nov 2020, kedua-dua defendan itu menegaskan tindakan menamatkan kontrak perkhidmatan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara adalah sah serta mengikut peruntukan undang-undang dan tiada penyalahgunaan kuasa oleh Dr Mahathir dalam hal itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamed Apandi Ali
#Dr Mahathir
#kes saman
#mediasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan