KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,491 kes sembuh direkodkan hari ini, mengatasi jumlah kes baharu COVID-19.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM).

1. Sebanyak 1,360 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 338,168.

2. Selangor masih mencatat angka tertinggi dengan 356 kes jangkitan diikuti oleh Sarawak dengan 308 dan Johor sebanyak 129 kes.

3. Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan dua kematian baharu membabitkan kes warganegara di Sarawak.

4. Selain itu, lapan kluster baharu dikenal pasti hari ini di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah, Labuan, Putrajaya dan Sabah.

5. Tujuh daripada kluster tersebut merupakan kluster tempat kerja.