awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Spanco: SPRM rakam kenyataan bekas Menteri Kewangan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/02/2024
07:13 MYT
Kes Spanco: SPRM rakam kenyataan bekas Menteri Kewangan
Azam (kiri) ketika sidang media selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Kali Ke-10 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Menteri Kewangan membabitkan kes kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco) telah diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah selesai melakukan rakaman percakapan melibatkan bekas menteri tersebut dan siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan.
Beliau berkata, akaun yang dibekukan membabitkan kes tersebut masih dalam proses pembekuan dan pihaknya tidak pernah 'membuka' akaun berkenaan untuk digunakan.
"Ramai saksi sudah dipanggil bagi memberi keterangan dan SPRM juga tidak menolak akan memanggil sesiapa sahaja yang terbabit dalam kuasa meluluskan projek berkenaan.
"Keterangan bekas Menteri Kewangan tersebut sudah dirakam, namun bekas Perdana Menteri ketika itu masih belum dipanggil memberi keterangan.
"Untuk siasatan lanjut, kita serahkan kepada pegawai penyiasat untuk memanggil bekas Perdana Menteri tersebut bagi memberi keterangan sekiranya ada keperluan," katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.
Beliau berkata demikian selepas majlis konvokesyen Program Pegawai Integriti Betauliah (CeIO) kali ke-10 di World Trade Centre (WTC), dekat sini.
Majlis konvokesyen itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Mengulas lanjut, Azam berkata, menjadi tanggungjawab kepadanya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk melaksanakan tugas berdasarkan undang-undang, aduan dan tohmahan yang diterima oleh pihaknya.
Buat masa ini, tegas beliau, menjadi tanggungjawab kepadanya dan SPRM untuk menyiasat apa jua aduan diberikan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM melakukan serbuan kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.
SPRM turut menyerbu empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan dengan memanggil lebih 20 individu, selain bertindak membekukan kira-kira 80 akaun syarikat serta individu yang berkaitan dalam kes tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyifatkan kontrak perolehan Spanco hanya merugikan negara.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#kes Spanco
#amang seksual
#Azam Baki
#SPRM
#bekas Menteri Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan