NATIONAL
Kes Syed Saddiq: 'Saya hadir sebagai seorang sahabat' - Bella Astilah

Kehadiran Bella Astilah ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya bagi memberi sokongan terhadap Syed Saddiq mencuri tumpuan.
PUTRAJAYA: “Insya-Allah, saya datang esok, saya hadir sebagai seorang sahabat”.
Ringkasan AI
- Bella Astillah hadir di Mahkamah Rayuan untuk memberi sokongan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai seorang sahabat.
- Mahkamah menetapkan Rabu dan Khamis bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.
- Syed Saddiq menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Bella dan menganggapnya sebagai seorang wanita yang luar biasa.
“Tidak pasti jika ada keputusan, jadi kita tunggu esok lah ya,” kata penyanyi itu.

Bella Astilah (dua, kiri) bersama ahli keluarga Syed Saddiq.
Terdahulu, kehadiran Bella ke mahkamah mencuri perhatian ramai apabila pelakon itu, dilihat berada di samping Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bella kelihatan cantik mengenakan baju kurung ketika hadir di mahkamah pada jam 8.40 pagi.
Sementara itu, Syed Saddiq berkata, Bella merupakan seorang wanita yang luar biasa.
"Saya terhutang budi dengannya," kata ahli politik itu ketika sidang media.
Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu dan Khamis bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq, 33, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Sebelum ini Bella pernah menemani ahli politik itu ke sidang sidang Dewan Rakyat yang mana Syed Saddiq segak berbaju Melayu sementara Bella berbaju kurung dengan rona sedondon.
Video kehadiran Bella di Parlimen, turut dikongsi menerusi Facebook Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami