awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tahanan lolos: Setiap tahanan dipercayai sogok RM2,000 untuk jumpa keluarga

Bernama
Bernama
18/07/2017
08:07 MYT
Kes tahanan lolos: Setiap tahanan dipercayai sogok RM2,000 untuk jumpa keluarga
Lapan anggota polis berumur 27 hingga 59 tahun ditahan dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis Rabu lepas dan digantung kerja sehingga siasatan selesai. - Gambar hiasan
Setiap tahanan dipercayai memberi kira-kira RM2,000 kepada anggota polis yang bersubahat dalam insiden tahanan lolos sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau 9 Julai lepas, sebagai dorongan untuk membawa mereka bertemu keluarga masing-masing.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata wang berjumlah RM6,000 itu kemudiannya dipercayai diserah kepada semua anggota polis terlibat untuk dibahagikan.
"Siasatan kes berkenaan telah lengkap dan dihantar ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut dan polis masih mengesan tahanan yang melarikan diri itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, tiga tahanan dibawa keluar dari lokap berpusat Bayan Baru dekat sini pada 2 pagi dengan alasan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun, siasatan mendapati mereka dibawa bertemu keluarga masing-masing di Sungai Ara.
Seorang daripada mereka, Anuar Ayat, 43, yang merupakan tahanan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya melarikan diri ketika dikatakan bertemu dengan rakannya di Sungai Nibong selepas menemui keluarganya di sebuah kondominium di Sungai Ara.
Susulan itu, lapan anggota polis berumur 27 hingga 59 tahun ditahan dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis Rabu lepas dan digantung kerja sehingga siasatan selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#polis
#Rasuah
#siasatan
#sogokan
#subahat
#tahanan lolos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan