awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak anggota TUDM: Polis tunggu laporan forensik

Bernama
Bernama
22/09/2021
11:54 MYT
Kes tembak anggota TUDM: Polis tunggu laporan forensik
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata laporan tersebut antara lain turut melihat kepada kandungan telefon bimbit mangsa serta suspek yang diambil bagi membantu siasatan. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Polis sedang menunggu laporan forensik berkaitan insiden tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban di kem TUDM, Kota Samarahan, 13 Ogos lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata laporan tersebut antara lain turut melihat kepada kandungan telefon bimbit mangsa serta suspek yang diambil bagi membantu siasatan.
Katanya telefon-telefon berkenaan telah dihantar ke unit forensik di Bukit Aman dan pihaknya kini masih menunggu laporan daripada mereka.
"Banyak perkara yang perlu diteliti dalam kes ini kerana melibatkan empat mangsa. Kita perlu lihat sejarah mereka...kandungan dalam telefon sama ada terdapat masalah seperti perbalahan atau isu lain yang boleh mencetuskan kejadian itu.
"Selain itu, kita juga telah rakam keterangan saksi serta rakan-rakan mangsa," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, hari ini.
TUDM sebelum ini memaklumkan berlaku satu insiden tembakan pada 13 Ogos lepas membabitkan empat anggota pasukan itu pada pukul 7.15 pagi di Unit TUDM di Kota Samarahan.
Empat anggota yang terkorban dalam insiden berkenaan ialah Kpl Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, Kpl Udara Mohamad Ehsan Sehamat, Kpl Udara Ho Swee Boon dan Laskar Udara Nesly Anak Nabau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tembak anggota TUDM
#laporan forensik
#Kota Samarahan
#Aidi Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan