awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak di Bandar Sunway, jangan buat spekulasi - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
17/06/2023
02:54 MYT
Kes tembak di Bandar Sunway, jangan buat spekulasi - Polis
Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis. - Gambar fail BERNAMA
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video kejadian mati ditembak di Bandar Sunway, yang tular di media-media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, satu laporan polis telah dibuat berhubung video yang tular di media sosial itu, pada Jumaat.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun dan didenda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.
“Sekiranya didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Wan Azlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis.
“Orang ramai boleh menghubungi melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau pegawai penyiasat Inspektor Mohammad Faiz Naufal Zakaria (019-4858907),” jelas beliau.
Rabu lalu, seorang lelaki maut di dalam sebuah kedai aksesori telekomunikasi di Bandar Sunway selepas ditembak lelaki bersenjata pistol.
Mangsa berusia 32 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes samun dan curi, ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang masuk ke dalam kedai berkenaan.
Buat masa ini, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.
Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#Bandar Sunway
#Ketua Polis Daerah Subang Jaya
#Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan