awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak: Empat direman, 25 saksi diambil keterangan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/09/2023
07:52 MYT
Kes tembak: Empat direman, 25 saksi diambil keterangan
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua empat suspek yang berumur 25 hingga 36 tahun itu direman selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 September. - Gambar fail
KOTA BHARU: Polis Kelantan telah menahan reman empat lelaki tempatan dan mengambil keterangan terhadap 25 saksi bagi membantu siasatan berhubung kes tembak yang menyebabkan seorang lelaki maut dalam kejadian di Jalan Hutan Kuin, Machang pada Ahad lalu. (Gambar kecil: Muhamad Zaki Harun)
Polis Kelantan menahan reman empat lelaki tempatan dan mengambil keterangan 25 orang saksi bagi membantu siasatan berhubung kes tembak yang menyebabkan seorang lelaki maut dalam kejadian di Jalan Hutan Kuin, Machang pada Ahad lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua empat suspek yang berumur 25 hingga 36 tahun itu direman selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 September.
"Kami percaya mereka boleh membantu siasatan apabila ada individu yang terkait mungkin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
"Setakat ini kami sudah mendapat maklumat bahawa sebelum kejadian terbabit berlaku pertelingkahan sehingga menyebabkan kematian dimana mangsa ditembak tujuh kali di beberapa bahagian badan," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.
Muhamad Zaki memberitahu, setakat ini 25 saksi telah diambil keterangan termasuk iaitu ahli keluarga, rakan-rakan dan orang yang berada di tempat kejadian.
Menurutnya, hasil soal siasat dengan ahli keluarga mendapati pada hari kejadian ada seseorang telah pergi ke rumah mangsa.
Ujarnya, hasil siasatan daripada telefon mangsa mendapati lelaki berusia 37 tahun itu ada terlibat dengan kumpulan-kumpulan yang dipercayai menjalankan aktiviti haram.
Beliau memberitahu, kalau diikutkan mangsa mempunyai 21 rekod jenayah iaitu dadah 21 kes dan jenayah (9).
"Kesemua kes terbabit agak besar serta melibatkan akta senjata api dan sebagainya.
"Dengan kejadian ini juga kita boleh merungkai beberapa kumpulan yang aktif dalam pengedaran dadah, senjata api dan aktiviti haram lain," katanya.
Menurut beliau, kemungkinan kejadian ini berlaku disebabkan oleh permasalahan dalam kumpulan atau pun dengan kumpulan lain, bagaimanapun ia masih disiasat.
Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki memberitahu, dua pucuk pistol jenis Cz dan Sig Sauer berjaya dirampas dan dipercayai milik mangsa. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#Polis Kelantan
#Jalan Hutan Kuin Machang
#Muhamad Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan