NATIONAL
Kes tembak KLIA: Hafizul mohon rundingan pengakuan bersalah

Hafizul Hawari (tengah) memohon rundingan pengakuan bersalah atas tuduhan cuba membunuh bekas isteri dan mencederakan pengawal peribadi mangsa di KLIA pada April 2024. -Gambar fail/Bernama
SEPANG: Pengurus syarikat agensi pelancongan Hafizul Hawari membuat permohonan rundingan pengakuan bersalah atau plea bargaining di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan cuba membunuh bekas isterinya dan mencederakan pengawal peribadi mangsa, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada April tahun lepas.
Ringkasan AI
- Hafizul Hawari, pengurus syarikat pelancongan, memohon rundingan pengakuan bersalah (plea bargaining) di Mahkamah Sesyen atas tuduhan cuba membunuh bekas isteri dan mencederakan pengawal peribadi mangsa di KLIA pada April 2024.
- Mahkamah menetapkan 17 Julai 2025 untuk sebutan semula kes bagi keputusan permohonan plea bargaining, selepas pihak pendakwaan dimaklumkan oleh peguam tertuduh mengenai tawaran tersebut.
- Hafizul sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.
Justeru, Raja Zaizul Faridah memohon supaya mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi keputusan tawaran dimohon tertuduh. Ahmad Fuad kemudiannya menetapkan 17 Julai bagi sebutan semula kes.
Turut mengendalikan pendakwaan bersama Raja Zaizul Faridah ialah Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz, manakala Hafizul diwakili peguam Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman dan Muhammad Syafiq Mohamad Lazim.
Plea bargaining ialah rundingan bagi pengakuan bersalah diadakan di antara pihak pendakwaan dan pembelaan, sebagai insentif bagi Orang Kena Tuduh memilih untuk mengaku salah, tanpa perlu melalui proses perbicaraan.
Pada 25 April 2024, Hafizul mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba membunuh isterinya Farah Md Isa, 39, di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal 1, KLIA, dekat Sepang sekitar jam 1.09 pagi, 14 April 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda, dan jika menyebabkan kecederaan hendaklah dipenjara hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Lelaki itu juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap pengawal peribadi isterinya itu Mohd Nur Hadith Zaini, 39, dengan menggunakan pistol yang boleh menyebabkan kematian di lokasi, tarikh dan masa yang sama.
Bagi kes itu Hafizul didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami