Polis tidak menolak kemungkinan insiden tembakan ke atas Pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R. Sri Sanjeevan semalam bermotifkan dendam.
Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata bagaimana pun perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian itu.
"Pihak polis juga sudah mengambil kenyataan dari rakan mangsa yang bersamanya ketika kejadian dan dari semasa ke semasa akan berhubung dengannya untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sri Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang.
Osman berkata satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi melancarkan siasatan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan meminta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi pihak polis.
Beliau berkata mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini, setelah mendapat rawatan di Hospital Jempol.
Beliau berkata mangsa dijangka menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru dari bahagian rusuknya hari ini.
"Bagi menjaga keselamatan mangsa, pihak polis turut menempatkan anggota yang akan menjaga mangsa di hospital," katanya.
Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang memandu ke Taman Cempaka untuk menjemput rakannya keluar minum di Pekan Bahau.
Semasa dalam perjalanan selepas menjemput rakannya, mangsa menurunkan cermin sisi keretanya jenis BMW untuk menghisap rokok dan memperlahan keretanya apabila tiba di satu simpang.
Dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC kemudiannya dikatakan menghampiri kereta mangsa lalu melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa yang mengenai dan menembusi siku kanan sebelum terkena rusuknya.
Salah seorang lelaki itu cuba menghampiri mangsa, bagaimanapun mangsa yang masih sedar terus memecut keretanya sejauh 300 meter sebelum meminta rakannya memandu dan membawanya ke hospital.
MyWatch yang dinaungi bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan merupakan badan yang memantau keadaan jenayah dalam negara.
Sri Sanjeevan yang bertindak selaku pengerusi badan itu sebelum ini lantang menyuarakan dan membuat laporan polis berhubung aktiviti perjudian haram di negeri ini terutama di Jelebu dan Jempol dan pernah menerima ugutan dan ancaman di atas tindakannya itu.
Dalam pada itu, Osman berkata rakan mangsa yang bersamanya semasa kejadian tembakan itu, ditahan tengah malam tadi berhubung satu kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.
Beliau berkata suspek dikehendaki sejak awal tahun ini dan polis bertindak memberkasnya di Balai Polis Bahau semasa dia datang membuat laporan berhubung kejadian tembakan itu.
"Penahanan rakan R. Sanjeevan ini tidak ada kena mengena dengan kes tembakan ini. Ia adalah kes yang berasingan kerana dia memang dikehendaki sebelum ini.
"Jadi jangan ada pihak cuba membuat spekulasi terhadap mana-mana kes sehingga mengganggu siasatan polis," katanya.
Bernama
Sun Jul 28 2013
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Bekas Pengerusi MyWatch dibebas daripada pertuduhan peras ugut
Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk Seri R. Sri Sanjeevan.
Permohonan Sanjeevan tangguh hukuman penjara diketahui Jumaat ini
Preakas menghujahkan anak guamnya wajar diberi jaminan sehingga kes tersebut diputuskan di peringkat rayuan kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa.
Remaja perempuan dakwa dicabul ahli politik Perlis
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun membuat laporan polis selepas dikatakan dicabul seorang ahli politik di Perlis.
Sanjeevan didakwa buat komen jelik terhadap Ketua Polis Negara di laman sosial
Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat komen jelik terhadap Ketua Polis Negara.
1 Sept sebutan semula kes Sanjeevan dituduh palsu kelayakan akademik
Majistret Umzarul An-Nur Umar menetapkan tarikh itu selepas peguam Joanne Chua Tsu Fay yang mewakili Sanjeevan, 32, memohon tempoh untuk meneliti dokumen berkaitan kes itu.
Pengerusi MyWatch dituduh memalsukan kelayakan akademik
Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah Malaysia Datuk R.Sri Sanjeevan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sekali lagi bagi menghadapi pertuduhan menipu dengan memalsukan kelayakan akademik.
Pengerusi MyWatch Sanjeevan ditahan lagi, didakwa tipu ijazah
Pengerusi Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan sekali lagi ditahan selepas dipercayai menggunakan ijazah palsu untuk tujuan menipu.
MyWatch buat laporan SPRM terhadap Ketua Polis Negara
Pengerusi MyWatch Datuk R. Sri Sanjeevan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Pengerusi MyWatch Sanjeevan didakwa lagi atas pertuduhan peras ugut
Pengerusi MyWatch Datuk R. Sri Sanjeevan hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan peras ugut.
Pengerusi MyWatch didakwa peras ugut RM1,500
Datuk R. Sri Sanjeevan didakwa memeras ugut seorang ahli perniagaan untuk menyerahkan wang tunai RM1,500 kepadanya atau mangsa tidak dapat menjalankan perniagaannya.