awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tikam, gilis: Dua individu didakwa membunuh

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2018
03:55 MYT
Kes tikam, gilis: Dua individu didakwa membunuh
Dua individu didakwa membunuh dan bersubahat membunuh seorang lelaki dalam kejadian di stesen minyak di Taman Pelangi pada Disember lalu. - Astro AWANI
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majisteret Johor Bahru atas dakwaan membunuh dan bersubahat membunuh seorang lelaki dalam kejadian di stesen minyak di Taman Pelangi pada 17 Disember lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pendakwaan dibacakan terhadap kedua-dua tertuduh di hadapan Majisteret, Siti Hajar Ali.
Tertuduh pertama Gan Jia Ji, 20 tahun didakwa bersama lima suspek yang masih bebas membunuh dan menyebabkan kematian terhadap Tan Aik Chai, 44 tahun di stesen minyak Taman Pelangi kira-kira 7.30 malam.
Manakala tertuduh kedua, Yip Kah Hou, 24 tahun bersama tiga suspek yang masih bebas didakwa bersubahat dengan tertuduh pertama dan lima yang masih bebas membunuh serta menyebabkan kematian mangsa di tempat dan masa yang sama.
Jika sabit kesalahan kedua-dua tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali.
Manakala tertuduh kedua diwakili Peguam, Chuah Shyue Chien.
Mahkamah menetapkan 13 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan menyerahkan laporan bedah siasat.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Johor
#Johor Bahru
#peguam
#Seksyen 302
#stesen minyak
#subahat
#Taman Pelangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan