awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu

Bernama
Bernama
06/02/2025
14:44 MYT
Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Ramli berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes terbabit sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes terbabit sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
"Ketika ini siasatan sedang dilakukan terhadap beberapa akaun yang digunakan dalam penipuan ini namun setakat ini tiada sebarang tindakan pembekuan akaun di bawah Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ramli berkata seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang ditahan sebelum ini telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan perniagaan yang tidak wujud di negeri itu.
Beliau berkata semakan turut mendapati suspek mempunyai tujuh kes penipuan di lima negeri melibatkan kerugian keseluruhan RM161,355.
Media sebelum ini melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 33 tahun berhubung dakwaan kes penipuan bantuan urusan menukar seksyen hukuman di mahkamah membabitkan suaminya.
Mangsa dilaporkan bertemu seorang wanita berusia 28 tahun pada Disember tahun lepas bagi membincangkan mengenai masalah yang dihadapi suaminya dan ditawarkan bantuan untuk menurunkan seksyen kesalahan di mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
#pelaburan
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan