KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka kerana gagal melunaskan tunggakan cukai masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta sementara menunggu penyelesaian rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Najib dan Mohd Nazifuddin ketika dihubungi pemberita berkata mahkamah membenarkan permohonan itu semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ida Rahayu Sharif.
"Permohonan penangguhan prosiding kebankrapan itu dibuat bagi membolehkan rayuan kedua-dua anak guam saya berhubung penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memerintahkan mereka membayar tunggakan cukai tersebut diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan," katanya dan menambah mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 4 Okt ini.
Prosiding itu turut disertai Peguam Hasil Athari Faris Ammerry Hussein bagi pihak LHDN.
Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Februari 2021 terhadap Najib dan Mohd Nazifuddin selaku penghutang.
Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Feb 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.
Mohd Nazifuddin pula perlu membayar RM37.6 juta dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 6 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM1.1 juta serta kos RM10,000 dan setakat 4 Feb 2021 jumlah itu menjadi RM38,758,370.93.
Dua Mahkamah Tinggi di sini, telah membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi memperoleh semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.
Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu, namun membenarkan permohonan mereka untuk menangguhkan perintah penghakiman terus berkenaan sementara menunggu pendengaran permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.
Pada 10 Mei lepas, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu kepada Najib dan Mohd Nazifuddin berhubung penghakiman terus diperoleh LHDN dalam kes tunggakan cukai tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022

Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Februari 2021 terhadap Najib dan Mohd Nazifuddin selaku penghutang. - Gambar fail
![[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa agong - Perdana Menteri [TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa agong - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976239/20519348851656738667031_640x360.jpg)
[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa agong - Perdana Menteri
Tindakan segelintir pihak yang mendesak agar pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ditarik balik seolah-olah mempersoalkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah diluluskan Kabinet dan mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UMNO | Tiada dua kem, hanya satu kem - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan wujud dua kem dalam UMNO. Sebaliknya, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri itu menegaskan parti keramat Melayu itu hanya dipimpin oleh satu kem.

Polis dalam proses siapkan fotofit suspek cuba culik anak Lufya
Identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.

Emilia Hanafi kongsi pengalaman perit dalam penjara
Biar pun berdepan pelbagai cabaran, Emilia meluahkan rasa tenang hati kerana dapat menggunakan sebaik-baik waktu untuk dirinya.

Politik | Pas Tumpat masih gagal adakan pemilihan semula
Pas kawasan Tumpat masih lagi digantung selepas terdapat laporan berlakunya isu teknikal, termasuk bukan ahli yang mengundi pada sesi pemilihan ahli jawatankuasa pada Oktober lalu. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka dikehendaki mengadakan semula pemilihan seperti yang diputuskan oleh jawatankuasa siasatan.

Bantah Barang Naik | 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan
10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat. Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

Isu PRU: Asyraf Wajdi hanya fikir periuk nasi sendiri
Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa Ketua Pemuda UMNO sensitif isu semasa negara.

Setinggan | 54 penempatan di bandar raya di Johor ditempat semula
Johor dalam perancangan penempatan semula 54 perkampungan setinggan di bandar raya itu membabitkan lebih 50,000 penduduk. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha itu melibatkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta Pejabat Tanah dan Galian.

AWANI Ringkas: Harga binaan mahal

Kepentingan Pekerja | GLC, GLIC perlu lantik wakil MTUC dalam Lembaga Pengarah
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu melantik wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai ahli lembaga pengarah dalam usaha menambah nilai kepada ketelusan. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob langkah tersebut bertujuan membolehkan suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah.

BN mampu bergerak solo di Sabah - Najib
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa gabungan itu mampu bergerak sendiri di Sabah.

Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Najib menegaskan, beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Najib mahu jawab afidavit pendakwaan, mahkamah tetap 29 Julai pengurusan kes
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab afidavit pendakwaan yang membantah permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

'Saya tidak dipilih jadi PM kerana tak mahu lindungi Najib' - Anwar
Anwar mengulas kenyataan Tajuddin bahawa wujud SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Mahkamah benarkan Muhammad Shafee dapatkan sementara pasport untuk ke Itali
Muhammad Shafee ke Itali bagi urusan pertukaran sekolah anak perempuannya.

Kedudukan Nazlan di Maybank sebelum ini tiada kaitan dengan kes Najib - TPR
Kedudukan hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Maybank Berhad sebelum ini adalah tidak relevan dengan kes terhadap Najib Razak.

Badan Peguam Malaysia bantah permohonan Laidlaw untuk wakili Najib di mahkamah
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disifatkan memiliki lebih banyak pengalaman, dan lebih layak berbanding Jonathan Laidlaw.

Pengurusan kes Najib kemukakan bukti tambahan dijadual semula pada Khamis
Tarikh pengurusan kes bekas perdana menteri itu yang pada awalnya ditetapkan hari ini, dijadualkan semula pada Khamis (30 Jun).

Laporan asal audit dibentang kepada PAC jika tiada mesyuarat pada 24 Feb - Arul Kanda
Arul Kanda berkata Najib telah memberikan beberapa alasan kenapa beliau perlu menghadiri mesyuarat itu.

Pengurusan kes permohonan Najib kemuka bukti tambahan kes SRC Isnin depan
Pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan itu akan berlangsung melalui sidang video.