Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengkaji semula setiap kes di bawah Akta Hasutan yang masih berjalan di mahkamah pada bulan Mei 2018 berdasarkan fakta kes tersebut, kata Peguam Negara, Tommy Thomas.
Beliau berkata jabatan itu hanya boleh bertindak berdasarkan representasi bertulis yang diterima daripada tertuduh atau peguam belanya dan ia sebagai langkah menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Bagaimanapun, katanya, dalam kes penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin, tertuduh tidak membuat sebarang representasi kepada ACG berhubung kes hasutannya.
"Peningkatan jumlah ucapan berbaur kebencian terutama dalam talian berkaitan perkauman, agama dan insitusi raja dalam masyarakat majmuk bermakna kebebasan bersuara dan ekspresi telah disalahgunakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Cabaran bagi jabatan ini adalah untuk mengimbangi kebebasan bersuara yang semakin meningkat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan peningkatan ucapan berunsur kebencian yang menyakiti perasaan rakyat, katanya.
Apabila pendakwaan dijalankan, jabatan ini akan bertindak berpandukan Kanun Keseksaan namun dalam keadaan tiada alternatif di bawah undang-undang, dalam kes-kes bersesuaian, jabatan ini tidak dapat menolak kemungkinan menggunakan Akta Hasutan sehingga ia dimansuhkan, katanya.
Mengulas kes Wan Ji, Tommy berkata dia dituduh di bawah Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1984 di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Sept 2014 kerana menerbitkan perkataan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Kenyataan bersifat menghasut itu diterbitkan oleh tertuduh dalam akaun Facebooknya, wanji.attaaduddi pada 5 Nov 2015 dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dkenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun.
Tommy berkata tertuduh telah memohon untuk dibicarakan dan pada 9 April 2018, Mahkamah Sesyen mendapati tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan.
"Tertuduh menfailkan rayuan terhadap sabitan dan pada 9 April, 2018, Pendakwa Raya memfailkan rayuan balas terhadap hukuman," katanya.
Kedua-dua rayuan dan rayuan balas telah disebut di Mahkamah Tinggi Shah pada 30 April 2019.
Bagaimanapun, katanya, tertuduh dan peguamnya tidak hadir ke mahkamah pada hari tersebut dan susulan itu, Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak-pihak terbabit memfailkan hujahan bertulis dan menetapkan 9 Julai 2019 untuk keputusan.
BACA: Penceramah Wan Ji dibebas sementara tunggu keputusan Mahkamah Rayuan
Pada hari penghakiman tersebut, Tommy berkata Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan balas pendakwaan dan menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman Wan Ji serta menambah hukuman penjara sembilan bulan kepada setahun.
"Permohonan penangguhan hukuman penjara secara lisan dilakukan oleh tertuduh tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi yang mengarahkan supaya permohonan secara bertulis dilakukan.
"Oleh itu tertuduh mula menjalankan hukuman pada 9 Julai namun permohonan rasmi penangguhan hukuman difailkan semalam dan Mahkamah Tinggi membenarkannya hari ini," katanya.
"Pendakwa Raya tiada bantahan terhadap permohonan penangguhan hukuman tersebut dan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu pendengaran rayuan," katanya.
Tommy berkata berdasarkan kronologi kejadian, adalah jelas bahawa rayuan balas oleh pihak pendakwaan telah dibuat sebelum PRU-14.
"Tiada representasi bertulis dikemukakan oleh tertuduh mahupun peguamnya dan secara peribadi tidak sedar tentang kes ini sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusan Selasa lalu dan diketahui umum," katanya.
Beliau berkata perkara tersebut adalah tidak menghairankan kerana terdapat ratusan kes jenayah dan sivil di dengar di seluruh negara pada mana-mana hari bekerja.
"Oleh demikian, adalah mustahil untuk sesiapa sahaja mengetahui secara peribadi walaupun sebahagian kecil kes tersebut. Maka, pengagihan dan desentralisasi kuasa adalah penting," katanya.
Beliau berkata pihaknya sedang meneliti pilihan yang ada berhubung rayuan Wan Ji di Mahkamah Rayuan namun dengan mengambil kira sabitan Wan Ji di dua mahkamah sebelum ini, kuasa budi bicara dari pihaknya adalah sangat terhad.
Tommy menegaskan kes Wan ji sekali lagi memberi tumpuan kepada penggunaan Akta Hasutan 1948 dan salah tanggapan mengenai akta tersebut.
"Faktanya, pertama, Akta Hasutan adalah antara akta Parlimen yang akan dimansuhkan seperti janji dalam manifesto Pakatan Harapan, kedua, Jemaah Menteri belum memaklumkan kepada pihaknya sebarang keputusan untuk memansuhkan atrau memindanya," katanya.
Menurutnya, di bawah sistem kerajaan sedia ada, Jemaah Menteri yang memutuskan bagi pihak Eksekutif sama ada untuk menggubal, memansuh atau meminda undang-undang untuk dibentangkan di Parlimen.
"Jabatan Peguam Negara berperanan membantu dalam menggubal undang-undang baharu," katanya.
Selain itu, katanya, fakta ketiga adalah Jabatan Peguam Negara tidak menerima arahan Jemaah Menteri menghalang jabatan itu daripada menggunakan Akta Hasutan.
"Arahan seperti itu dalam apa jua keadaan sekalipun adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah dengan kuasa budi bicara di bawah Perlembagaan Persekutuan kepada Peguam Negara untuk memutuskan perkara berkaitan pendakwaan sesuatu kes bagi pihak kerajaan," katanya.
Katanya, selepas mula memegang jawatan Peguam Negara pada Jun 2018, beliau telah memutuskan untuk mengambil kira undang-undang alternatif dalam naskah-naskah undang-undang (termasuk peruntukan dalam Kanun Keseksaan) untuk menggunakan Akta Hasutan sebagai jalan terakhir.
Oleh kerana Akta Hasutan adalah undang-undang sah, ia tidak boleh diketepikan secara langsung dan ia hanya boleh berlaku sekiranya Akta Hasutan dimansuhkan oleh Parlimen, katanya.
Bagaimanapun, katanya, sejak PRU14, tiada seorang pun dituduh di bawah Akta Hasutan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2019
Wan Ji dituduh di bawah Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1984 di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Sept 2014 kerana menerbitkan perkataan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. --fotoBERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.