MALAYSIA
Kes Zara Qairina: ‘Pakar patologi TikTok’ dikenal pasti, diambil keterangan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa suspek terbabit bukan pakar patologi seperti yang didakwa.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya mengesan individu di sebalik akaun TikTok “Dato’ Prof Dr. Tunku Iskandar” yang menyamar sebagai pakar patologi serta mendakwa terlibat dalam proses bedah siasat kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Ringkasan AI
- MCMC berjaya mengesan individu di sebalik akaun TikTok -Dato Prof Dr. Tunku Iskandar- yang menyamar sebagai pakar patologi dan mendakwa terlibat dalam bedah siasat Allahyarham Zara Qairina, walaupun KKM mengesahkan beliau bukan pakar sebenar.
- Suspek ditahan berhampiran Kota Damansara dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut, termasuk rampasan peralatan komunikasi bagi analisis forensik.
- Kes disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan, dengan MCMC menegaskan penyebaran maklumat palsu berkaitan kematian adalah kesalahan serius yang boleh mengganggu siasatan dan menyinggung keluarga mangsa.
"Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi tujuan rakaman keterangan dan beberapa peralatan komunikasi turut dirampas untuk analisis siasatan lanjut," katanya.
Sehubungan itu, MCMC juga menegaskan, penyebaran maklumat palsu terutama yang menyentuh isu sensitif berkaitan kematian, tragedi atau mangsa nahas adalah satu kesalahan serius yang boleh menyinggung perasaan keluarga, mengelirukan masyarakat serta mengganggu proses siasatan pihak berkuasa.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dimana pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
Pada16 Ogos lalu, Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengesan seorang individu yang mendakwa dirinya 'pakar bedah' kononnya terlibat dalam proses bedah siasat Allahyarham Zara Qairina baru-baru ini.
Dalam satu siaran langsung di platform TikTok pada Rabu lalu, 'pakar bedah' itu memberi gambaran berbaur rumusah seolah-olah mangsa terjun sendiri dari bangunan sekolah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami