Kes Zayn Rayyan: Mahkamah tetapkan 4 Dis dengar permohonan tangguh hukuman Ismanira

Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Disember untuk mendengar permohonan Ismanira Abdul Manaf bagi menangguhkan hukuman penjara lima tahun atas kes mengabaikan anak lelakinya. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini menetapkan 4 Dis ini untuk mendengar permohonan Ismanira Abdul Manaf bagi menangguhkan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan anak lelakinya, Zayn Rayyan, 6, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lepas.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Disember untuk mendengar permohonan Ismanira Abdul Manaf bagi menangguhkan hukuman penjara lima tahun atas kes mengabaikan anak lelakinya.
- Ismanira, 30, dihukum penjara lima tahun kerana menyebabkan kecederaan fizikal kepada anak lelakinya yang autistik.
- Hakim memerintahkan Ismanira menjalani hukuman serta khidmat masyarakat selama 120 jam dan menandatangani bon berkelakuan baik.
Hakim Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau memerintahkan Ismanira menjalani hukuman penjara bermula 31 Okt, selain menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000.
Ismanira turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tarikh yang ditetapkan Mahkamah Tinggi untuk mendengar permohonan Ismanira Abdul Manaf? A: 4 Disember ditetapkan untuk mendengar permohonan Ismanira Abdul Manaf bagi menangguhkan hukuman penjara lima tahun.
- Q: Apakah hukuman yang diterima oleh Ismanira Abdul Manaf sebelum ini? A: Ismanira Abdul Manaf dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya disebabkan mengabaikan anak lelakinya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
- Q: Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ismanira Abdul Manaf selain menjalani hukuman penjara? A: Ismanira Abdul Manaf diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

