KUALA LUMPUR: Kesalahan membabitkan penunggang motosikal mencatatkan penurunan sepanjang empat hari penguatkuasaan Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina berbanding tempoh sama tahun lepas
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata penurunan yang besar melibatkan kesalahan tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor tamat tempoh.
Beliau berkata sepanjang empat hari operasi, sebanyak 236 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan tiada lesen memandu berbanding 1,130 dalam tempoh sama tahun lepas.
Sementara itu, 251 saman dikeluarkan kerana lesen kenderaan motor tamat tempoh berbanding 1,214 pada tahun lepas.
"Penurunan ini menunjukkan penunggang motosikal di Kuala Lumpur telah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap undang-undang jalan raya dan ia layak dipuji," katanya dalam sidang media selepas meninjau Op Khas Motosikal di Plaza Tol Sungai Besi di sini malam tadi.
Mengulas mengenai operasi malam tadi, Mohd Zaki berkata pihaknya mengeluarkan 164 saman atas pelbagai kesalahan serta masing-masing empat notis melibatkan sitaan, arah periksa dan larangan penggunaan kenderaan.
"Operasi malam ini melibatkan anggota JPJ Kuala Lumpur bersama Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Imigresen melibatkan jumlah keseluruhan 93 anggota," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Penurunan yang besar melibatkan kesalahan tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor tamat tempoh.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

Kesalahan libat penunggang motosikal menurun sepanjang Op Khas
Kesalahan membabitkan penunggang motosikal mencatatkan penurunan sepanjang empat hari penguatkuasaan Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ops Khas Motosikal: 200 individu termasuk remaja ditahan
Sekurang-kurangnya 200 individu termasuk remaja ditahan dalam Ops Khas Motosikal di Jalan Tun Razak di sini pada pagi Ahad.

JPJ tingkat penguatkuasaan di Terowong Menora, Gua Tempurung
Anggota JPJ juga melakukan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres bagi mengesan pemandu yang gagal mematuhi peraturan.