KUALA LUMPUR: Tahap kesedaran awam terhadap kesan perubahan iklim dalam negara semakin meningkat dan usaha memperkasakannya akan dipergiat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia Lim Ze Hui berkata jabatan itu akan sentiasa berinteraksi dengan orang awam bagi memastikan tahap kesedaran dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
"Usaha ini boleh dilaksanakan melalui sistem hebahan mengenai perkembangan semasa cuaca, supaya rakyat Malaysia boleh mendapatkan sebarang maklumat terkini seterusnya memberi kesedaran kepada mereka," katanya.
Lim berkata demikian ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini bagi mengulas topik Masa Depan Cuaca, Iklim dan Air Merentasi Generasi terbitan BernamaTV pada Khamis.
Menurut Lim bagi memastikan keberkesanan ramalan cuaca, MetMalaysia sentiasa mengadaptasi penggunaan teknologi terkini setaraf dengan negara maju selain meningkatkan sistem cerapan bagi membolehkan pengesanan awal.
Mengenai sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2023 yang disambut hari ini, beliau berkata tema "Masa Depan Cuaca, Iklim dan Air Merentasi Generasi" itu memberi fokus terhadap kepentingan penjagaan iklim demi kelestarian alam dan kesejahteraan generasi akan datang.
"Apabila kita sentuh soal generasi, maka kita tekankan tentang elemen 'manusia sejagat' dan ia juga terkait dengan warisan yang kita tanggalkan, warisan kepada generasi akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023

Bagi memastikan keberkesanan ramalan cuaca, MetMalaysia sentiasa mengadaptasi penggunaan teknologi terkini setaraf dengan negara maju selain meningkatkan sistem cerapan bagi membolehkan pengesanan awal. - Gambar hiasan/BERNAMA

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

Musthafa Kamal yang hilang ketika umrah disahkan meninggal dunia di Makkah
Mereka sekeluarga reda dengan pemergian ayahnya itu setelah menerima pengesahan mengenainya daripada Kedutaan Malaysia pada Jumaat.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kesedaran awam rakyat terhadap perubahan iklim semakin meningkat - MetMalaysia
MetMalaysia akan sentiasa berinteraksi dengan orang awam bagi memastikan tahap kesedaran dapat dipertingkatkan.

airasia lancar #TimeToListen, galak golongan berdepan prejudis, diskriminasi bersuara
Kempen #TimeToListen hentikan stigma dengan menonjolkan individu yang berjaya mengatasi prejudis dan diskriminasi sosial.

PKP: Pematuhan SOP di Sabah rendah
Tahap kesedaran orang ramai di negeri ini pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berada pada kadar yang rendah.