awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesedaran, ilmu mampu bendung penularan gejala rasuah - Mustafar

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
07/07/2015
08:35 MYT
Kesedaran, ilmu mampu bendung penularan gejala rasuah - Mustafar
Rasuah merupakan ancaman besar terhadap pembangunan negara serta menjadi punca penggalakan jenayah lain namun ia boleh ditangani dengan kesedaran dan ilmu, kata Datuk Mustafar Ali.
Rasuah merupakan ancaman besar terhadap pembangunan negara serta menjadi punca penggalakan jenayah lain namun ia boleh ditangani dengan kesedaran dan ilmu.
Mesej itu antara yang mahu disampaikan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini sempena penganjuran Seminar Integriti dan Pencegahan Rasuah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali yang bertindak selaku salah seorang panel berkata, pemerkosaan minda akibat korupsi hanya boleh dikawal dengan amalan atau pengaplikasian berasaskan ilmu.
"Pengisian wacana ilmu seperti ini adalah antara langkah awal yang perlu dilaksanakan dan diharapkan dapat diteruskan.
"Kita menjelaskan kaedah pencegahan yang dijalankan, seterusnya mendekatkan mereka dengan prosedur selain menjalankan usaha pembaikan di peringkat akar umbi," ujar Mustafar.
Tambah beliau, secara asasnya ada tiga cara rasuah ditangani iaitu penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan.
"Apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi korupsi adalah berkongsi maklumat, menyuarakan dan bertindak melalui badan-badan penguasa yang berkenaan," kata beliau.
Tambah Mustafar, generasi semasa perlu bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kesedaran berikutan gejala rasuah yang kini berlaku di mana-mana seperti dalam sektor swasta, kerajaan, pertubuhan-pertubuhan dan barisan kepimpinan politik.
"Berdasarkan kajian keberkesanan program SPRM, didapati tahap keyakinan, pengetahuan dan sokongan orang ramai termasuk golongan pelajar terhadap institusi ini serta fungsinya meningkat dengan banyak," ujar beliau.
Dalam acara seminar yang berlangsung hingga ke petang itu, turut dilancarkan buku Integriti dan Pencegahan Rasuah, pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah dan acara menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP).
Topic Berkaitan
#Mustafar Ali
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan