Kesedaran mengenai kepentingan kesihatan yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia adalah susulan daripada penularan COVID-19 dan lebih ramai menunjukkan minat untuk mempertingkatkan kesihatan mereka ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menurut kaji selidik dijalankan AIA baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AIA Ben Ng berkata tinjauan itu merekodkan sebanyak 45 peratus daripada mereka bersenam dengan lebih kerap, manakala 43 peratus mengambil makanan berkhasiat sejak pelaksanaan PKP.
"Seiring dengan ini, AIA melihat keperluan untuk memperluaskan tawaran pelan insuransnya dengan memperkenalkan dua pelan baharu, ia bukan sahaja hanya melindungi rakyat Malaysia ketika sakit tetapi mendorong mereka mengamalkan gaya hidup sihat," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran pelan tersebut, di sini pada Selasa.
Pelan 'A-Life Beyond Critical Care' dan 'A-Plus Total Health' akan menjaga kesihatan pelanggan dengan pelbagai cara, antaranya pencegahan dan pengesanan awal menerusi 'AIA Vitality' dan menjalani saringan kesihatan serta rawatan dan pemulihan dalam memastikan mereka mendapat penjagaan yang berkualiti.
"Pelancaran 'A-Life Beyond Critical Care' dan 'A-Plus Total Health' adalah usaha berterusan kami di AIA untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki akses kepada penyelesaian yang akan memberikan tiga asas ini bagi penjagaan kesihatan mereka iaitu pencegahan, perlindungan dan sokongan," katanya.
A-Life Beyond Critical Care adalah pelan penyakit kritikal perintis AIA yang menyediakan perlindungan menyeluruh sebanyak 180 keadaan penyakit kritikal dan memenuhi keperluan perlindungan pelanggan dalam menghadapi penyakit tersebut.
Pelan ini menyediakan pembayaran sebanyak 100 peratus pada semua peringkat diagnosis, termasuk ketika di peringkat awal pengesanan dan selanjutnya.
Selain itu, A-Plus Total Health adalah pelan kesihatan menyeluruh Takaful yang bertindak sebagai penyelesaian kesihatan sehenti untuk seluruh ahli keluarga, ia membolehkan pelanggan memberi perlindungan sehingga enam ahli keluarga dalam satu pelan.
Pelan ini direka bentuk untuk pelanggan yang lebih menyukai penyelesaian Takaful dan mencari pelan kesihatan fleksibel yang menyediakan akses kepada penjagaan yang berkualiti.
Pelan itu juga dilengkapi dengan ciri-ciri dan manfaat yang membantu pelanggan memahami dan menguruskan kesihatan, penyakit dan proses pemulihan mereka sekaligus memberikan mereka sokongan perlindungan secara menyeluruh.
"Penambahan baharu kepada portfolio 'Total Health Solution' (Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh) AIA telah dibangunkan dengan pemahaman mendalam terhadap keperluan dan kehendak pelanggan dalam perlindungan kesihatan dan perubatan mereka.
"Kami sangat teruja dapat memberikan penyelesaian yang memenuhi keperluan dan kehendak tersebut dan pada masa yang sama memenuhi objektif AIA membantu orang ramai menjalani kehidupan lebih sihat, berpanjangan dan bermakna," katanya.
Pada majlis pelancaran itu, AIA juga memperkenalkan tawaran keahlian percuma selama tiga bulan dengan AIA Vitality, program perubahan tingkah laku unik itu membolehkan individu mengawal kesihatan, kehidupan dan kesejahteraan mereka.
Tawaran istimewa itu tersedia untuk semua pelanggan sedia ada atau baharu yang membeli sebarang polisi insurans hayat baharu atau mengambil bahagian dalam sebarang pelan Takaful dari 5 Ogos hingga 30 September, 2020.
"Kami bersemangat untuk memperluaskan program AIA Vitality kepada lebih banyak rakyat Malaysia melalui tawaran ini, memberi mereka peluang mendapat manfaat menerusi program ini dan bagaimana ia dapat membantu mereka membuat pilihan positif dan lebih sihat setiap hari," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020
AIA juga memperkenalkan tawaran keahlian percuma selama tiga bulan dengan AIA Vitality, program perubahan tingkah laku unik itu membolehkan individu mengawal kesihatan, kehidupan dan kesejahteraan mereka. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
10 tahun menjamin masyarakat hidup sihat dan bermakna
Tahun 2021 melakar sejarah istimewa untuk AIA PUBLIC Takaful kerana menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-10.
Kesedaran rakyat Malaysia mengenai kesihatan meningkat - AIA
Tinjauan merekodkan sebanyak 45 peratus daripada rakyat Malaysia bersenam dengan lebih kerap, manakala 43 peratus mengambil makanan berkhasiat sejak pelaksanaan PKP.
Enggan salam David Beckham: 'Masih ada gadis Melayu yang tahu jaga tatatertib'
Sedar nilai agama yang dipegang bukan setakat pada tudung yang dipakai semata-mata, gadis itu tidak teragak-agak untuk tidak menyambut huluran salam Beckham.
Saya berusaha untuk kekal sihat demi keluarga - Beckham
Biarpun dia dan isterinya Victoria sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun mereka tetap memperuntukkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak mereka.
David Beckham datang Malaysia!
Bekas pemain Manchester United (MU), David Beckham akan akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 22 September ini.