Bercakap kepada Astro Awani, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berpendapat Perhimpunan 12 Januari berlangsung tanpa sebarang insiden kerana semua pihak memahami perlunya mencari keseimbangan antara undang-undang dan hak asasi.

Abdul Gani juga menyifatkan perhimpunan pada Sabtu itu sebagai contoh yang harus dijadikan teladan.

Sementara itu, dalam ucaptama persidangan, Abdul Gani memaklumkan, sebanyak 47 perhimpunan telah dianjurkan sejak Akta Perhimpunan Aman 2012 dikuatkuasakan 23 April tahun lalu.

Beliau juga mengingatkan, pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan hanya boleh berjaya jika rakyat menghormati dan mempertahankan undang-undang.