Kesejahteraan lebih baik dengan penggunaan tenaga bijak - TNB

Komitmen TNB yang mengutamakan pelanggan terus menjadi tunjang kepada pelaksanaan meter pintar di seluruh negara. - Foto TNB
KUALA LUMPUR: Di saat rakyat semakin memberi tumpuan kepada kos sara hidup dan keperluan mengurus penggunaan tenaga secara lebih bijak, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil dengan pencapaian suku ketiga 2025 yang bukan sekadar menunjukkan prestasi kukuh tetapi membuktikan bagaimana pelaburan dan inovasi syarikat memberi manfaat langsung kepada isi rumah Malaysia.
Ringkasan AI
- Di saat rakyat semakin memberi tumpuan kepada kos sara hidup dan keperluan mengurus penggunaan tenaga secara lebih bijak, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil dengan pencapaian suku ketiga 2025 yang bukan sekadar menunjukkan prestasi kukuh tetapi membuktikan bagaimana pelaburan dan inovasi syarikat memberi manfaat langsung kepada isi rumah Malaysia.
- Melalui pendekatan yang meletakkan pelanggan sebagai keutamaan, TNB menegaskan komitmen jangka panjangnya untuk memperkasa kesejahteraan rakyat, meningkatkan kebolehpercayaan bekalan serta membina ekosistem tenaga masa depan yang lebih mampan.
- Sejak pelaksanaan pilihan Skim Masa Penggunaan (ToU) untuk pengguna domestik pada 1 Julai, TNB dengan kerjasama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melihat perubahan ketara dalam cara isi rumah merancang perbelanjaan tenaga mereka.

Skim Time of Use (ToU) menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk memantau penggunaan tenaga dengan pintar, dengan peningkatan pendaftaran yang direkodkan melalui pelbagai saluran khidmat pelanggan yang tersedia. - Foto TNB
Setakat ini, lebih 70,000 pelanggan telah berhijrah kepada ToU, sekali gus menunjukkan peningkatan kesedaran rakyat terhadap cara baharu mengurus bil elektrik secara lebih efisien. TNB turut merekodkan lonjakan pertanyaan merentas saluran perkhidmatan pelanggan.
Bagi menyokong penggunaan ToU secara optimum, sebanyak 5,081,063 meter pintar telah dipasang di seluruh negara, membolehkan pengguna memantau penggunaan elektrik dengan lebih tepat dan telus.
Inisiatif penjimatan turut diteruskan melalui Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA) yang sudah menghasilkan penjimatan kolektif lebih RM250 juta kepada pelanggan sejak diperkenalkan. Mekanisme ini bukan sahaja mengurangkan bil rakyat, malah membantu meningkatkan aliran tunai TNB melalui pemulangan kos secara serta-merta.
Peningkatan penggunaan aplikasi myTNB juga menjadi bukti perubahan tingkah laku pengguna terhadap pengurusan tenaga. Setakat ini, 7.1 juta pelanggan berada di platform tersebut bersamaan 70% daripada keseluruhan pelanggan.

TNB terus memperkukuh aspek kebolehpercayaan grid dan pengalaman pelanggan melalui pelaburan bersasar meliputi penyenggaraan, tindak balas operasi dan infrastruktur digital. - Foto TNB
Sehingga September 2025, 5,109 titik pengecas EV beroperasi di seluruh negara, lebih 10 GWh elektrik dibekalkan sejak awal tahun dan menjana hasil sekitar RM5.1 juta, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan, menegaskan fokus utama syarikat kekal berpaksikan rakyat.
“Keutamaan TNB sentiasa memastikan pelanggan kami berasa disokong, dimaklumkan dan diperkasa untuk membuat keputusan.
“Kami akan terus memperkukuh setiap titik sentuhan, merangkumi digital, operasi dan perkhidmatan dengan matlamat tunggal untuk memberikan nilai sebenar dan penjimatan bermakna kepada rakyat.
“Komitmen kami jelas dan tegas, kami akan terus mengambil setiap langkah yang perlu, secara berdisiplin dan bertanggungjawab bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang serta menambah baik pengalaman tenaga rakyat Malaysia,” katanya.
Prestasi kewangan stabil, disokong permintaan tinggi dan TNB mencatat pendapatan RM3.2 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2025, sejajar dengan jangkaan pasaran.
Kedudukan kewangan TNB turut disokong oleh keuntungan terjemahan pertukaran asing RM350 juta, hasil pengukuhan ringgit daripada RM4.471/USD (Dis 2024) kepada RM4.215/USD (Sep 2025).
Pada suku ketiga sahaja, TNB melabur RM3.1 bilion untuk inisiatif kebolehpercayaan grid, sebahagian daripada perbelanjaan terkumpul tahun semasa RM8.3 bilion. Hasilnya, indeks SAIDI bertambah baik kepada 46.65 minit, berbanding 47.62 minit sebelum ini.
Antara Januari–September 2025, TNB meneruskan tanggungjawab sosialnya melalui komitmen merangkumi:

- RM96 juta – Sokongan pendidikan (UNITEN & YTN)
- M9.15 juta – Zakat, memberi manfaat kepada 32,000 penerima asnaf
- RM3.81 juta – Khidmat masyarakat untuk hampir 100,000 individu
- RM515,800 – Bantuan kesihatan termasuk dialisis & sokongan autism
- RM711,250 – Bantuan bencana untuk 4,000 mangsa
- RM8.3 juta – Pembangunan sukan, termasuk hoki kebangsaan
- RM523,565 – Pemuliharaan biodiversiti di Pulau Perhentian, Redang & Tioman

Sejak Januari hingga September 2025, TNB telah memainkan peranan aktif dalam menyokong kesejahteraan rakyat melalui komitmen CSR yang meluas. - Foto TNB
Komitmen ini menggambarkan peranan TNB sebagai syarikat utiliti negara yang bukan hanya menyediakan tenaga, tetapi menjadi penyokong penting kepada pembangunan sosial dan kelestarian alam sekitar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


