awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan, ketenteraman awam pada tahap terkawal - Ketua Polis Negara

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2021
01:26 MYT
Keselamatan, ketenteraman awam pada tahap terkawal - Ketua Polis Negara
Jaminan itu diberikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan pada Jumaat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara pada tahap terkawal.
Jaminan itu diberikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Malah jelasnya, orang ramai diminta untuk tidak gusar kerana pihak polis akan sentiasa memastikan tahap keselamatan kekal berada pada tahap selamat serta meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
"Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Ia dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak COVID-19," ujarnya.
Kenyataan tersebut menyusul sehari selapas kenyataan Istana Negara yang memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat.
BACA: Agong zahir dukacita, pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum perkenan Baginda
Susulan daripada kenyataan tersebut, pelbagai pihak memberikan reaksi berbeza.
BACA: Kerajaan derhaka belakangi titah Agong - Ketua Pemuda UMNO
BACA: Apabila Darurat tidak akan disambung, Kerajaan nasihati Agong batal semua Ordinan - PMO
BACA: "Rakyat kini tahu kelompok pertahankan kuasa derhaka kepada Agong" - Anwar Ibrahim
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Majlis Keselamatan Negara
#Parlimen
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#SOP
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan