KUALA LUMPUR: Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN, sekali gus menentukan peranan kepimpinan negara dalam blok serantau itu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ketika ditemu bual dalam rancangan Bernama TV "The Nation ASEAN+" pada Jumaat, menekankan bagaimana konflik Rusia-Ukraine telah memberi kesan keselamatan makanan di peringkat global.
Menggesa negara anggota ASEAN mengumpulkan kekuatan gabungan mereka untuk menangani isu itu, Johari berkata: "Kita (negara anggota ASEAN) perlu duduk dan mempertimbangkan bagaimana untuk mentadbir kekuatan kita bersama-sama bagi memastikan rantau ini tidak berlapar."
Beliau berkata ASEAN perlu beralih daripada budaya silo kepada menggabungkan kekuatannya - tanah pertanian yang besar, kekuatan kewangan, tenaga kerja dan teknologi - untuk mewujudkan keselamatan makanan di rantau ini.
Johari menekankan kepentingan berkongsi idea, pengalaman dan kepakaran dalam kalangan negara anggota bagi meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan yang bertujuan meningkatkan keselamatan makanan.
Dengan gabungan penduduk ASEAN seramai 680 juta orang, beliau menekankan potensi blok serantau itu sebagai pasaran dalaman yang besar.
"ASEAN tidak memerlukan pemasaran. Dengan bekerjasama, negara anggota boleh mengurangkan kos dan mencapai kecekapan yang lebih tinggi," katanya.
Sebagai presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) yang akan datang, Johari mengulangi komitmen Malaysia untuk memajukan agenda penting lain, termasuk inisiatif perubahan iklim, semasa menjadi Pengerusi ASEAN akan datang.
Beliau berkata Malaysia juga berminat dalam mempromosikan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen, hidro dan solar.
"Kami akan berbincang dengan negara-negara anggota bagaimana kami boleh bekerjasama dan memanfaatkan sumber yang ada sama ada hidro, solar atau hidrogen," katanya.
Johari juga menyeru negara-negara ASEAN untuk melabur dalam pendidikan dan pembangunan bakat generasi muda untuk melahirkan pemimpin masa depan yang mampu mengekalkan kedudukan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Johari berkata, ASEAN perlu beralih daripada budaya silo kepada menggabungkan kekuatannya untuk mewujudkan keselamatan makanan di rantau ini. - Foto fail/BERNAMA
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.
Video tular: Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, akhlak mulia - Mohd Na'im
Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat.
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.
Budaya Sarapan di Malaysia diiktiraf Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Budaya Sarapan di Malaysia kini mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Belum ada cadangan untuk Malaysia sertai New Development Bank setakat ini - MITI
Sekiranya terdapat keperluan menyertai NDB, Malaysia perlu bersedia untuk menyumbang kepada institusi kewangan itu.