awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan negara: Sekuriti makanan beri impak jika tidak diurus dengan baik

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
19/07/2022
03:26 MYT
Keselamatan negara: Sekuriti makanan beri impak jika tidak diurus dengan baik
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut seru seluruh jentera Kerajaan, memainkan peranan memastikan strategi keselamatan menyeluruh dapat diterap dan diamalkan dalam seluruh aspek tadbir urus negara - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Sekuriti makanan memberi impak terhadap keselamatan negara, sekiranya ia tidak diurus dengan baik.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, isu ini tidak boleh dilihat dari sudut pertanian, penternakan dan bekalan makanan semata-mata, namun turut berkait dengan ketidakstabilan yang berlaku di peringkat antarabangsa.
"Konflik Rusia-Ukraine, serta perubahan iklim yang ekstrem adalah contoh melibatkan kesan rantaian global, yang menyebabkan seluruh Keluarga Malaysia turut terkesan.
"Jika tiada persediaan awal dibuat, negara pasti berdepan risiko yang akhirnya menjejaskan kestabilan sosial dan ekonomi, dan sekaligus mengakibatkan implikasi keselamatan yang serius," katanya ketika berucap ketika merasmikan Pembukaan Persidangan Keselamatan Negara 2022 dan Sambutan Bulan Keselamatan Negara 2022 di Putrajaya.
Persidangan ini merupakan julung kali diadakan sempula Bulan Keselamatan Negara yang disambut setiap Julai.
Jelas Ismail, sejajar dengan dinamika dan evolusi pengurusan keselamatan negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperkenalkan doktrin keselamatan supaya Malaysia boleh mendepani cabaran pengurusan keselamatan negara masakini dan akan datang.
Doktrim Keselamatan Menyeluruh atau Comprehensive Security (COMSEC) membolehkan tanggungjawab memelihara keselamatan negara dipikul bersama-sama seluruh jentera kerajaan dan segenap lapisan masyarakat secara proaktif.
Beliau turut menyeru kepada seluruh jentera Kerajaan, khususnya perkhidmatan awam memainkan peranan memastikan strategi keselamatan menyeluruh dapat diterap dan diamalkan dalam seluruh aspek tadbir urus negara.
Topic Berkaitan
#sekuriti makanan
#keselamatan negara
#konflik Rusia-Ukraine
#pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan