awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesemua 158 penumpang dan kru feri karam selamat - Bomba

Bernama
Bernama
06/01/2016
23:42 MYT
Kesemua 158 penumpang dan kru feri karam selamat - Bomba
Seramai 17 penumpang feri terdiri dari 12 warga Filipina dan lima rakyat Malaysia cedera ringan dan dihantar ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. -Foto Bernama
Sebanyak 158 penumpang dan kru feri 'MB Juhairi' berjaya diselamatkan apabila feri berkenaan karam selepas terlanggar sebuah tongkang di kawasan satu kilometer dari pesisir pantai Semporna, malam tadi.
Ketua Balai Bomba Semporna Fazizul Hizham Borhan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 8.56 malam ini.
Beliau berkata feri milik swasta yang dalam perjalanan dari Bungao, Tawi-Tawi, Filipina ke Semporna, Sabah, itu dilaporkan karam di bahagian belakang.
Seramai 17 penumpang feri terdiri dari 12 warga Filipina dan lima rakyat Malaysia cedera ringan dan dihantar ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar, katanya ketika dihubungi.
Fazizul Hizham berkata bomba dan agensi keselamatan lain termasuk polis marin, masih membuat rondaan di sekitar kawasan insiden itu bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.
Topic Berkaitan
#feri
#karam
#mb juhairi
#pantai semporna
#tongkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan