Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan akan menggugurkan kesemua pembantu politiknya atas prestasi mereka yang kurang memberangsangkan.
Menurut laporan The Malaysian Insider hari ini, kesemua dari mereka digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan ‘meletakkan kepentingan diri melebihi Perdana Menteri’.
Memetik dari kenyataan dari ‘sumber’, portal itu melaporkan bahawa langkah tersebut dibuat menjelang pemilihan Umno tahun ini.
Sebelum ini, pembantu-pembantu politik PM itu telah mendapat kritikan dalam blog-blog pro Barisan Nasional (BN) kerana tewas dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu meskipun di negeri yang telah ditawan semula BN.
Antara yang disenaraikan sebagai pembantu politik yang bakal digugurkan termasuk Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang.
Menurut portal itu lagi, kelima-lima mereka dilihat sebagai strategis bilik perang pilihan raya Najib dan mempunyai peluang mengembalikan kemenangan majoriti dua pertiga kepada BN.
Terdahulu, bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, dalam satu wawancara akhbar berbahasa Cina, China Press, membidas penasihat-penasihat PM yang menjadi salah satu faktor BN kalah teruk di dalam PRU-13.
Tun Daim dalam kenyataan beliau telah mendesak Najib Razak memecat penasihat-penasihat tersebut.
Katanya BN kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Perdana Menteri serta pergaduhan dalaman parti.
“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden,” tambah bekas menteri itu.
Sementara itu penganalisis politik, Ibrahim Suffian ketika dihubungi Astro Awani menyifatkan tindakan tersebut jika benar, mencerminkan ketegasan PM dalam memastikan pentadbiran kali ini mendapat nasihat yang baik.
Bagaimanapun beliau masih kurang pasti dengan laporan tersebut kerana setakat ini masih belum ada apa-apa pengesahan dari pejabat PM.
“Kita masih tunggu dan lihat... orang-orang tu dah lama.. mereka beri nasihat bukan sahaja dari segi politik tetapi dari segi pentadbiran juga,” kata Ibrahim yang juga Pengarah Merdeka Centre.
Katanya langkah itu mungkin juga menandakan bahawa Najib mahu memulakan pasukan yang baru dalam menghadapi Perhimpunan Agung Umno dan pentadbiran baru.
Tambah Ibrahim, ini juga menunjukkan bahawa PM telah membaca ‘isyarat’ serta kemahuan pihak di dalam parti yang mahu melihat berlakunya perubahan.
Haider Yutim
Wed Jun 12 2013
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas BCorp Vincent Tan lepas jawatan Pengerusi, kekal sebagai penasihat
Vincent Tan akan menggalas tugas sebagai penasihat dan memberi nasihat kepada Lembaga Pengarah selain menyokong pertumbuhan kumpulan.
Anwar terima teguran, akan beri penjelasan lantikan Nurul Izzah
Anwar berkata beliau terbuka menerima setiap teguran, dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.
Imran dakwa penasihatnya didera secara seksual ketika ditahan di Islamabad
Imran juga dikatakan telah dihalang untuk melawat Gill yang dirawat di Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS) Islamabad.
Isteri penasihat terbaik suami! Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isteri
Buruk baik diri kita ini hanya isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1,001 kelakuan kita tanpa mengeluh.
Rakyat Malaysia antara 7 pakar dipilih anggotai badan kesihatan ulung di Jepun
Dr Dhesi Baha Raja berkongsi kegembiraan dipilih sebagai salah seorang penasihat Mitsubitshi Centre of Global Health Architecture
Isu pelantikan Zainol Fadzi sebagai Penasihat MB selesai
Dr Muhammad Nur Manuty berkata anggota NGO berkenaan telah bertemu Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu kira-kira 12.49 tengah hari tadi di pejabat menteri besar bagi mendapatkan penjelasan terperinci.
Tanpa sokongan Zainol, kerajaan Pakatan mungkin sekadar impian - Exco Perak
Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata tanpa sokongan tersebut kemungkinan kerajaan Perak hari ini masih lagi menjadi impian para penyokong.
Zainol Fadzi dilantik penasihat MB Perak
Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manik itu telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selain dipersetujui Majlis PH Perak.
Mengapa senyap ketika pelantikan Apandi, soal Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, timbul persoalan mengapa ada halangan dalam pelantikan Peguam Negara yang baharu, namun dikunci mulut apabila Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik.
Pasukan Majlis Penasihat Kerajaan beri jaminan tangani masalah ekonomi
Antara kebimbangan pelabur adalah cadangan pemansuhan GST yang disifatkan mereka berkemungkinan besar memberi impak terhadap terhadap hasil kerajaan.