awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zainol Fadzi dilantik penasihat MB Perak

Bernama
Bernama
08/06/2018
10:04 MYT
Zainol Fadzi dilantik penasihat MB Perak
Zainol Fadzi merupakan bekas Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air ketika kerajaan negeri terdahulu di bawah Barisan Nasional. - Gambar fail
Keputusan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu melantik Datuk Zainol Fadzi Paharuddin sebagai penasihat beliau adalah sebagai usaha dalam mengukuhkan kedudukan dan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak.
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak Mohd Hafez Mubin Mohd berkata pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manik itu telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selain dipersetujui Majlis PH Perak.
"Kita menerima pelbagai komen dan reaksi yang diterima dari pelbagai pihak khususnya para pendokong parti Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya menghormati pandangan yang berbeza dari pihak lain berhubung perkara ini.
"Namun kita perlu berhati-hati dan menyelidiki sebelum mengutarakan sesuatu isu kerana walau niat dan tujuannya baik namun jika tersilap langkah ia akan menjadi sebaliknya.
"Lebih malang lagi, jika ada pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh lalu membantutkan usaha kita membela rakyat," katanya.
BACA: Keputusan keluar UMNO tanpa sebarang paksaan atau imbuhan - Zainol Fadzi
BACA: PKR maklum satu kuota Exco untuk Zainol, Nolee
BACA: Saya sokong calon PH, tetapi tidak lompat parti - Nolee Radzi
Hafez Mubin meminta pejuang PH Perak untuk mengambil pengajaran kepada pentadbiran kerajaan sebelum ini, yang hilang arah tuju kerana meletakkan agenda peribadi mengatasi apa yang diperjuangkan akhirnya tersungkur disingkirkan rakyat.
"Dengan ini saya menyeru buat semua pejuang Pakatan Harapan Perak yang menjadi penyumbang utama kepada penzahiran cita-cita rakyat Perak yang mahukan perubahan, telah diangkat martabat kita dari pembangkang kepada kerajaan maka pemikiran dan tindakan kita mestilah juga dimartabatkan supaya ianya menjadi contoh teladan terbaik buat rakyat!," katanya.
Zainol Fadzi merupakan bekas Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air ketika kerajaan negeri terdahulu di bawah Barisan Nasional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Barisan Nasional
#bekas Exco
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#penasihat
#Perak
#Sultan Nazrin Shah
#Sultan Perak
#Zainol Fadzi Paharuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan