SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan kesetiaan terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih utuh dan tidak berbelah bahagi.
Beliau berkata, dirinya akan terus berusaha gigih memperkuatkan parti tersebut selain menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.
Malah menurut Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, pihaknya akan terus memperjuangkan nasib rakyat selain yakin PN dan Bersatu kekal komited untuk berkhidmat serta memainkan peranan berkesan sebagai pembangkang yang jujur.
“Dalam keadaan ekonomi mencabar dan isu keselamatan makanan menyaksikan rakyat Malaysia melalui kesukaran ekonomi yang mendesak.
“Di sinilah fokus yang perlu diberikan oleh kedua-dua pihak, tidak kira sama ada kerajaan atau pembangkang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Beliau mengulas kenyataan berhubung khabar angin tidak berasas di akaun media sosial tertentu yang mempersoalkan kesetiaannya kepada PN dan Bersatu serta turut menentang komen tidak produktif atau berniat jahat itu.
Justeru, bekas Ahli Parlimen Tambun terbabit meminta pimpinan dan penyokong kedua-dua partinya supaya menangkis khabar-khabar angin serta terus memberi fokus kepada keperluan rakyat.
Tambah beliau, setiap daripadanya mempunyai peranan secara efektif untuk menjadi pembangkang yang memegang amanah mengimbangi kerajaan.
“Negara ketika ini memerlukan penyelesaian kepada isu ekonomi dan kebajikan, saya menyarankan kepada mereka yang menyebarkan khabar angin sebegini supaya memfokuskan tumpuan kepada isu nasional yang lebih memerlukan perhatian serta tindakan.
“Perbuatan menyebar berita palsu yang menghampiri kepada fitnah jahat hanya akan merugikan, malah menambah dosa berat untuk dipikul.
“Pihak yang telah menyebar berita palsu ini hanya akan merosakkan reputasi mereka sendiri, mengaku memperjuangkan parti tetapi sebenarnya telah merelakan diri menjadi alat kepada usaha melemahkan parti,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 08 2023
AHMAD FAIZAL: Saya menyarankan kepada mereka yang menyebarkan khabar angin sebegini supaya memfokuskan tumpuan kepada isu nasional yang lebih memerlukan perhatian serta tindakan. - Gambar fail/Facebook Faizal Azumu
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
Beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.
PRN: PH perlu berlapang dada, serah kerusi MB kepada Jalaluddin - Peja
UMNO yang menang banyak kerusi di Negeri Sembilan seharusnya diberi jawatan Menteri Besar, cadang Peja.