awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Coach Cerai': Pasangan Islam perlu rujuk pihak autoriti agama dalam isu cerai - Marhamah
PRK Kinabatangan, Lamag: 93 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab - SPR
[KOLUMNIS] Amanat KSN 2026: Kepimpinan yang bergerak pantas, berakar pada amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesihatan Tun Mahathir positif selepas dua minggu terima rawatan di IJN

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
20/01/2026
08:39 MYT
Kesihatan Tun Mahathir positif selepas dua minggu terima rawatan di IJN
Pasukan perubatan berpuas hati dengan proses pemulihan beliau, namun rawatan fisioterapi akan mengambil masa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan selama dua minggu di Institut Jantung Negara (IJN).

Ringkasan AI
  • Kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan perkembangan positif selepas dua minggu rawatan di IJN.
  • Pasukan perubatan berpuas hati dengan tindak balas pemulihan beliau, namun proses fisioterapi akan mengambil masa.
  • Dr Mahathir dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin, namun ziarah terhad kepada keluarga terdekat sahaja atas nasihat pakar perubatan.

Keadaan terkini itu dimaklumkan oleh Pegawai Media beliau, Sufi Yusoff dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Sufi, pasukan perubatan memaklumkan mereka berpuas hati dengan tindak balas pemulihan yang ditunjukkan Dr Mahathir selepas 14 hari menerima rawatan di institut berkenaan.

"Walau bagaimanapun proses pemulihan secara fisioterapi tetap dijangka akan mengambil masa yang agak panjang.
"Dr Mahathir dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terus-menerus bertanyakan akan keadaan kesihatan beliau serta mendoakan agar beliau cepat pulih," katanya.
Sementara itu, Sufi menjelaskan pihak keluarga juga ingin memohon maaf kerana terpaksa mengehadkan ziarah kepada keluarga terdekat sahaja, atas nasihat pakar perubatan.
Tokoh politik berusia lebih 100 tahun itu dikejarkan ke IJN selepas terjatuh di kediamannya pada 6 Januari lalu.
Pada pagi 13 Julai 2025, bekas Perdana Menteri itu pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada petang hari yang sama.
Topic Berkaitan
#kesihatan Tun Mahathir
#kesihatan Tun M
#Tun M retak tulang pinggul
#IJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan