KUALA LUMPUR: Kestabilan politik dan perpaduan menjadi asas di Sarawak untuk mencatat kejayaan terutama dalam menuntut hak-hak negeri seterusnya membina ekonomi negeri yang ampuh.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Pengerusi Pengelola Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 berkata kejayaan demi kejayaan telah dicapai Bumi Kenyalang sehingga kini, khususnya di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"Percayalah kesemua kejayaan besar yang dicapai Sarawak setakat tok (ini)... tidak akan dapat kita capai tanpa kestabilan politik, perpaduan dan keharmonian kaum.
"Kerana perpaduan jitu rakyat Sarawak di bawah kerajaan pimpinan GPS maka suara Sarawak menjadi penentu kepada pembentukan Kerajaan Persekutuan dalam krisis politik negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hingga ke PRU15," katanya pada Majlis Makan Malam Anak Sarawak sempena LBAS 2023 di sini malam tadi.
Beliau berkata Sarawak telah berjaya memperkukuhkan kedudukannya dalam negara dan di mata dunia di bawah kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata program LBAS bukan sekadar wadah untuk rakyat Sarawak berkumpul beramai-ramai malah ia adalah simbol kebersamaan, keharmonian dan kasih sayang sesama anak-anak Sarawak.
"Semoga semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan kita orang Sarawak akan terus terpelihara dan bertambah demi Sarawak maju dan makmur," katanya dan menambah kira-kira 6,500 anak Sarawak di Semenanjung berambeh (berkumpul) di majlis makan malam itu.
Sementara itu, Abang Johari yang turut hadir ke majlis itu berkata Kerajaan Sarawak komited untuk terus memainkan peranan dalam membangunkan Malaysia menerusi Kerajaan Perpaduan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Alhamdulillah negeri kita begitu stabil, politik pun baik dan rakyat berbilang kaum dan agama dapat sama berganding bahu meneruskan usaha membangunkan masyarakat kita dan negeri kita.
"... PRU15 tidak ada kestabilan dan akhirnya kita menerima titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan...kita ada wakil dalam Kerajaan Perpaduan dengan kementerian yang ada di situlah kita mainkan peranan bangunkan negara Malaysia," katanya.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib merupakan orang kenamaan utama dalam majlis itu yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, beberapa Menteri Persekutuan dan negeri serta Ahli Parlimen Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023
Fadillah (tengah) hadir pada Program 'Lan Berambeh' Anak Sarawak 2023 di MITEC, Kuala Lumpur, 21 Okt 2023. --fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Zaini Ujang terima Anugerah Tokoh SPAN
Zaini Ujang mendapat pengiktirafan apabila beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Kerajaan Perpaduan bincang peruntukan buat pembangkang pada 17 April - Fadillah
Fadillah berkata hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.
Kerajaan bangunkan indikator khusus ukur tahap keterjaminan makanan - Fadillah
Kerajaan akan membangunkan indikator khusus menerusi pembangunan indikator keterjaminan makanan yang berdaya saing bagi mengukur tahap keterjaminan makanan negara.
Jawatankuasa teknikal MA63 bincang isu pendidikan, kesihatan April ini - Fadillah
Fadillah berkata mesyuarat itu susulan perbincangan peringkat pegawai yang selesai diadakan Sarawak bagi mengenal pasti isu kuasa yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri.
Manfaatkan media sosial ke arah kebaikan, elak isu perkauman - Fadillah
Rakyat Malaysia diseru memanfaatkan platform media sosial dengan berkongsi perkara membawa kebaikan dan bukan kepada isu perkauman.