awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja

Bernama
Bernama
05/02/2025
10:15 MYT
KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berhasrat untuk melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata secara prinsip, mesyuarat Kabinet telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan SKBBK manakala KESUMA melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas perkara itu.
"KESUMA cakna dengan perubahan landskap peralihan waktu kerja pada masa kini susulan peningkatan aturan kerja anjal atau aturan kerja fleksibel (FWA) oleh majikan di Malaysia, kesan daripada perkembangan digitalisasi.
"Pelaksanaan SKBBK oleh Perkeso ini merupakan satu mekanisme perlindungan sosial dalam menangani cabaran risiko berkaitan kerja dan risiko di luar waktu kerja terutama mereka yang terlibat FWA. Ini kerana risiko kemalangan yang tidak berlaku di pejabat atau waktu kerja seperti kelaziman," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang ingin tahu mengenai pelaksanaan SKBBK untuk melindungi individu dan sejauh mana skim itu dapat menangani cabaran risiko berkaitan kerja serta di luar waktu kerja susulan peningkatan aturan kerja anjal oleh majikan di Malaysia.
Abdul Rahman berkata SKBBK meliputi kemalangan yang tidak berlaku dari dan dalam masa menjalankan pekerjaan dan tidak berkait secara langsung dengan penggajiannya.
Beliau berkata skim yang dicadangkan itu akan meliputi kemalangan yang berlaku dalam Malaysia, di luar waktu kerja termasuk kemalangan dalam perjalanan yang tidak berkaitan pekerjaan.
"KESUMA menjangkakan rang undang-undang bagi skim ini dapat dibentangkan di Mesyuarat Parlimen pada tahun ini," katanya.
Menjawab soalan tambahan Wee mengenai kelebihan SKBBK berbanding skim sama yang dilaksanakan di negara lain seperti Jepun dan Australia, Abdul Rahman berkata terdapat beberapa faedah akan dibentuk di bawah skim itu antaranya perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, orang tanggungan, pengurusan mayat dan pemulihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KESUMA
#Kementerian Sumber Manusia
#Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
#Abdul Rahman Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan