awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar lancar RPN 2026-2035 pada 20 Jan, perkukuh ekosistem pendidikan negara
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Pas teliti cadangan UMNO tubuh gabungan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketiadaan kepimpinan MTUC punca tidak ada wakil pekerja ke ILC - KESUMA

Bernama
Bernama
07/06/2025
10:00 MYT
Ketiadaan kepimpinan MTUC punca tidak ada wakil pekerja ke ILC - KESUMA
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan dakwaan bahawa kerajaan sengaja menyekat penyertaan wakil pekerja adalah tidak berasas, mengelirukan dan berniat jahat.
PUTRAJAYA: Ketiadaan wakil pekerja dalam delegasi Malaysia ke Persidangan Buruh Antarabangsa ke-113 (ILC) di Geneva, Switzerland berpunca daripada ketiadaan barisan kepimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) selaku organisasi induk kesatuan sekerja terbesar di Malaysia.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan dakwaan bahawa kerajaan sengaja menyekat penyertaan wakil pekerja adalah tidak berasas, mengelirukan dan berniat jahat.
"Pada 21 Feb 2025, Mahkamah Rayuan telah mengarahkan agar MTUC melaksanakan pemilihan semula kepimpinan dalam tempoh 90 hari yang akan diuruskan oleh Jawatankuasa Bersama Khas (JBK).
"Pemilihan yang sepatutnya dijalankan Mei lepas telah ditangguhkan ke 10 Ogos ini dan menyebabkan MTUC tidak mempunyai kepimpinan yang sah bagi mewakili pekerja dalam mana-mana platform rasmi termasuk ILC," menurut kenyataan itu.
KESUMA memaklumkan JBK yang ditubuhkan khusus bagi mengendalikan proses pemilihan semula berkenaan tidak mempunyai mandat untuk membuat keputusan dasar atau mencalonkan wakil ke forum antarabangsa.
"Malah, pencalonan nama oleh JBK ke ILC adalah di luar bidang kuasa yang diberikan oleh mahkamah dan telah dibantah sendiri oleh beberapa ahli gabungan MTUC.
"KESUMA menegaskan bahawa pemilihan delegasi Malaysia ke ILC dibuat secara telus berpandukan garis panduan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) serta telah mendapat nasihat perundangan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai status semasa MTUC," menurut kenyataan itu.
KESUMA memaklumkan kerajaan kekal komited kepada prinsip tripartisme dan mendukung hak penyertaan kesatuan sekerja yang sah dalam semua platform antarabangsa.
"KESUMA menyeru agar proses pemilihan semula MTUC diselesaikan segera demi menjaga maruah pergerakan kesatuan sekerja dan memastikan penyertaan lengkap Malaysia ke ILC tahun hadapan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemimpin MTUC
#KESUMA
#ILC
#Persidangan Buruh Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan