KUALA LUMPUR: Hubungan antara rakyat Malaysia dan China akan terus berkembang dengan lebih banyak pertukaran dan pergerakan rakyat di semua peringkat seiring dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun ini, kata Yang Wanming Presiden Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Luar (CPAFFC).
Beliau berkata Malaysia merupakan destinasi popular dalam kalangan pelancong China dan menjelang hujung tahun ini angka ketibaan pelancong China melawat Malaysia dijangka lebih tinggi daripada perangkaan dicatatkan pada masa pra-pandemik 2019.
“Dijangka angka pelancong China melawat Malaysia tahun ini mencecah 3.36 juta menjelang penghujung tahun ini berbanding 3.1 juta dalam 2019,” beliau memberitahu Bernama dengan bantuan seorang penterjemah selepas satu perjumpaan dengan Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), di sini hari ini.
Yang mengetuai delegasi enam ahli CPAFFC yang dalam lawatan ke Malaysia dari 14 hingga 17 April. Selain, Kuala Lumpur delegasi itu juga dijadualkan melawat Putrajaya dan Melaka.
Mengulas lanjut mengenai Jubli Emas hubungan diplomatik Malaysia dan China, Yang berkata kerjasama antara kedua-dua negara sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
“Pembinaan hubungan antara China dengan Malaysia amat penting. China dan Malaysia adalah rakan kongsi strategik,” katanya.
Beliau berharap hubungan antara Malaysia dan China boleh diperluaskan pada masa hadapan, termasuk menerusi pertukaran penjawat awam dalam semua sektor, mengukuhkan bandar berkembar antara kedua-dua negara selain daripada penganjuran lebih banyak dialog, persidangan dan simposium untuk menggalakkan kefahaman antara kedua-dua pihak.
Beliau berkata seharusnya lebih banyak pertukaran pemimpin muda, kebudayaan dan kesenian antara kedua-dua negara sementara media di kedua-dua belah pihak memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat positif.
Sementara itu Presiden PPMC Datuk Abdul Majid Ahmad Khan ketika ditanya mengenai perjumpaan yang diadakan di Menara Berkembar Petronas, di sini berkata kedua-dua pihak mencapai kesimpulan bahawa dalam 50 tahun lepas Malaysia dan China telah memupuk hubungan kepada apa yang disaksikan hari - amat sihat dan kuat.
“Maka tibanya ulang tahun ke-50 ini bukan hanya satu acara atau sambutan tetapi suatu manifestasi kejayaan dan pencapaian yang kita sebenarnya capai dalam bentuk saling mempercayai dan menghormati, kefahaman dan peringkat kerjasama antara kedua-dua negara,” katanya.
Abdul Majid berkata untuk masa hadapan terdapat cadangan bahawa Malaysia seharusnya memanfaatkan kekuatan China dalam tenaga baharu, kecerdasan buatan dan banyak lagi.
China juga telah berjaya melatih perusahaan kecil dan sederhananya untuk menjadi pengeskport yang baik dan ada sesuatu yang perlu dipelajari Malaysia, katanya.
Sementara itu bekas Presiden MCA dan Menteri Kesihatan Tan Sri Liow Tiong Lai yang juga menghadiri perjumpaan itu berkata beliau telah mencadangkan lebih banyak pertukaran pelajar antara Malaysia dan China kerana pada pandangan beliau jumlah program sedemikian adalah sangat rendah ketika ini.
Pertukaran pelajar adalah pelaburan hubungan antara rakyat yang terbaik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Yang Wanming berkata, angka pelancong China melawat Malaysia dijangka mencecah 3.36 juta menjelang penghujung tahun ini berbanding 3.1 juta dalam 2019. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang laluan baharu untuk mengagihkan bantuan daripada jeti binaan Amerika Syarikat di Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia dan Rafah
Tentera Israel menceroboh lebih dalam ke Jabalia di utara Gaza, menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal dan pengeboman udara, pada Selasa.
Berjihad tawarkan kepakaran memasak kepada 31,600 jemaah di tanah suci
Chef Anas Ahmad dari Perlis memilih untuk tinggalkan keluarga dan lupakan bisnes kedai makanan hanya untuk berbakti kepada 31,600 jemaah dengan menawarkan kemahiran memasaknya atas alasan ia adalah satu jihad kerana tiada wang yang banyak untuk diberikan.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
Isu kemanusiaan: Malaysia perlu adakan rundingan dengan Taliban - Anwar
Malaysia perlu mengadakan rundingan bersama Taliban selepas kumpulan itu kini menguasai Afghanistan sepenuhnya.
44 pelajar Malaysia alami gejala di Mesir disahkan negatif COVID-19
44 pelajar Malaysia yang menunjukkan simptom demam dan selesema baru-baru ini disahkan negatif COVID-19.
Hubungan Malaysia-Kanada sama usia dengan Hari Malaysia
Beberapa sektor penting juga jelasnya boleh diteroka dengan kerjasama kerajaan Kanada antaranya pelancongan, sistem penyampaian perkhidmatan awam, sains dan teknologi serta kesaksamaan gender.
Raja Arab Saudi ucap tahniah kepada Tun Mahathir
Agensi berita Arab Saudi (SPA), Raja Salman telah menzahirkan ucapan tersebut menerusi satu perbualan telefon.