awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Balai Polis meninggal dunia selepas main takraw

Azee Shafy
Azee Shafy
14/02/2023
10:20 MYT
Ketua Balai Polis meninggal dunia selepas main takraw
Sarjan Major Mohd Anuar Saian meninggal dunia selepas beraksi di gelanggang sepak takraw semasa Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Pahang 2023, hari ini.
BERA: Seorang anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bera meninggal dunia selepas beraksi di gelanggang sepak takraw semasa Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Pahang 2023, hari ini.
Mangsa, Sarjan Major (SM) Mohd Anuar Saian, 58, dikatakan berhenti rehat di tepi gelanggang selepas selesai perlawanan berpasukan acara veteran di Kompleks Rakan Muda Dong, Raub pada pukul 12.55 tengah hari.
Bagaimanapun, mangsa yang juga Ketua Polis Balai Kuala Bera dikatakan rebah secara tiba-tiba selepas mengadu kepenatan kepada rakan sepasukan semasa berehat.
Difahamkan, rakan sepasukan bergegas memaklumkan keadaan mangsa kepada petugas kesihatan di lokasi dan cuba melakukan rawatan CPR, namun, mangsa masih tidak sedarkan diri.
Menurut Ketua Polis Daerah, Suprintendan Zulkiflee Nazir ketika dihubungi memberitahu, mangsa kemudianya telah dihantar ke Klinik Kesihatan Dong dengan ambulans untuk menerima rawatan.
"Namun, mangsa telah disahkan meninggalkan dunia di klinik terbabit pada pukul 2.10 petang, dan disyaki akibat serangan jantung," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Difahamkan, jenazah mangsa akan dikebumikan di Kampung Paya Panjang, di sini.
Topic Berkaitan
#anggota polis meninggal dunia
#rebah
#bermain sepak takraw
#IPD Bera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan