PUTRAJAYA: Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka-Chiu, akan mengadakan lawatan ke Malaysia dari Khamis hingga 29 Julai, kunjungan pertamanya ke negara ini sejak memegang jawatan Ketua Eksekutif HKSAR kelima pada 2022.
Sempena lawatan itu, John Lee dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kedua-dua pihak dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan semasa kerjasama dua hala dan langkah-langkah kehadapan, terutamanya dalam bidang perdagangan dan ekonomi, inovasi dan teknologi serta pertukaran antara rakyat.
"Ketua Eksekutif juga akan menghadiri forum perniagaan Malaysia-Hong Kong dan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara entiti perniagaan kedua-dua pihak," menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Delegasi diketuai oleh John Lee terdiri daripada pegawai-pegawai kanan HKSAR dan wakil daripada pelbagai sektor termasuk perindustrian dan komersial, perdagangan, inovasi dan teknologi serta pengangkutan dan logistik.
HKSAR antara dagang utama Malaysia, menduduki tempat kesembilan terbesar pada 2022.
Jumlah dagangan antara Malaysia dan HKSAR bernilai RM113.2 bilion (US$25.69 bilion) meningkat 20 peratus daripada 2021.
Lebihan dagangan berpihak kepada Malaysia dengan nilai RM78 bilion (USD17.66 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Sempena lawatan itu, John Lee dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/Twitter CS of HK(John KC Lee)
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee berada di Malaysia untuk lawatan tiga hari
Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka-Chiu, akan mengadakan lawatan ke Malaysia dari Khamis hingga 29 Julai.