awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua isi rumah B40 disaran berbelanja di pasar raya tawar diskaun di bawah Pakej Rahmah

Bernama
Bernama
02/03/2023
20:30 MYT
Ketua isi rumah B40 disaran berbelanja di pasar raya tawar diskaun di bawah Pakej Rahmah
Salahuddin berkata beberapa pasar raya bersetuju menawarkan diskaun antara tiga hingga 30 peratus bagi 12 jenis barangan asas di bawah Pakej Rahmah. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub menyarankan ketua isi rumah B40 supaya berbelanja di pasar raya yang bersetuju menawarkan diskaun di antara tiga hingga 30 peratus bagi 12 jenis barangan asas di bawah Pakej Rahmah.
Beliau berkata persetujuan itu dicapai dalam sesi libat urus bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini.
"Inisiatif ini memang menjimatkan dan sangat bermakna kepada golongan sasar pada masa sekarang," katanya kepada pemberita selepas Program Penyampaian Bakul Rahmah dan Peralatan Kembali Ke Sekolah di sini pada Khamis.
Salahuddin juga mengakui beliau belum berpuas hati dengan apa yang dicapai dalam tempoh 100 hari memimpin KPDN dan masih banyak yang perlu dilaksana bagi memastikan rakyat merasai nikmat di bawah Kerajaan Perpaduan.
"Sudah ada pelbagai inisiatif di bawah Program Payung Rahmah namun sebagai Menteri, saya mendapati masih banyak lagi yang perlu dilakukan dan perlu dilaksanakan dengan pantas.
"Kita kena kaji apa lagi yang boleh menggembirakan rakyat dan mengenal pasti apa pula yang tidak menggembirakan mereka... insya-Allah, KPDN akan benar-benar memastikan tanggungjawab yang diberikan ini dilakukan sebaik mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#Pakej Rahmah
#pasar raya
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan