awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Jabatan wajib benarkan pegawai kematian pasangan kerja dari rumah

Bernama
Bernama
10/03/2022
12:20 MYT
Ketua Jabatan wajib benarkan pegawai kematian pasangan kerja dari rumah
Mohd Shafiq berkata tempoh pemberian BDR itu hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi tempoh dua minggu termasuk hari kelepasan mingguan, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Jabatan diwajibkan supaya membenarkan, atau mengarahkan pegawai yang kematian suami atau isteri untuk bekerja dari rumah (BDR) sebaik sahaja tempoh tiga hari Cuti Tanpa Rekod (CTR) seperti diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) SR5.2.1.
Menerusi surat edaran yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah hari ini, tempoh pemberian BDR itu hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi tempoh dua minggu termasuk hari kelepasan mingguan, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am.
Bagaimanapun, menurutnya ia tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan.
"Penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR.4.1.2: Dasar Bekerja Dari Rumah berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan," katanya.
Mohd Shafiq berkata penambahbaikan dasar BDR itu selaras dengan hasrat kerajaan memberi perhatian dalam aspek kebajikan pegawai perkhidmatan awam, dan dalam masa yang sama perlu meningkatkan kualiti, produktiviti dan penyampaian perkhidmatan.
Ia selaras dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena sambutan Hari Wanita 2022 pada 8 Mac lepas.
Dasar BDR diperuntukkan melalui MyPPSM Ceraian SR.4.1.2: Dasar BDR bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berkuat kuasa 1 Jan 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kematian suami
#surat pekeliling
#Ketua Jabatan
#Mohd Shafiq Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan